seismik

Tawarkan Pelbagai Menu Menarik & Berpatutan, Jom Cuba Restoran Lokal Di Cyberjaya Ini

Tempatnya pun sangat estetik!

Cover image via @glazeeatery (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ditubuhkan pada tahun 2018, kini Glaze Eatery semakin dikenali ramai

Terletak di Cyberjaya, restoran ini mempunyai hiasan dalaman yang sangat estetik untuk Instagram anda. Tempatnya juga dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan hijau!

Glaze Eatery sememangnya sesuai untuk anda makan bersama keluarga tercinta, kekasih mahupun rakan-rakan. Service dan pekerjanya juga sangat efisien dan friendly.

Tawarkan pelbagai menu daripada breakfast, makan tengah hari dan juga makan malam, tidak hairanlah kenapa Glaze Eatery selalu full house.

Glaze Eatery menyediakan aneka makanan yang menepati cita rasa masyarakat Malaysia

Anda boleh dapatkan sarapan di restoran ini seawal 9:00 pagi dan anda pasti tidak akan menyesal! Nikmati nasi lemak, sandwich ataupun sarapan ala-ala English style.

Glaze Eatery turut menawarkan beberapa jenis pasta yang sedap dan penuh rasa. Selain daripada pasta yang sudah biasa kita makan, cubalah menu istimewa mereka iaitu Masak Lemak Cili Api Pasta. Confirm puas hati!

Tidak lupa juga menu nasi mereka yang sangat digemari ramai seperti Salted Egg Chicken Rice dan Butter Chicken Rice. Selain daripada itu, ada juga aneka mi goreng, nasi goreng dan chicken chop!

Bukan itu sahaja, restoran estetik ini turut menawarkan dessert dan juga pelbagai jenis minuman

Glaze Eatery juga terkenal dengan dessert mereka yang bikin ketagih. Jika anda berpeluang untuk kunjungi restoran ini, pastikan anda cuba Kinder Bueno 'Affle dan Smores Toast mereka tau! Terdapat pelbagai jenis kek juga di sini.

Untuk minuman pula, anda ditawarkan pelbagai jenis minuman daripada kopi, matcha, milkshake, mocktail dan bermacam-macam lagi. Mahukan minuman yang sedikit klasik? Jangan risau, teh tarik pun ada.

Dibuka setiap hari seawal 9:00 pagi hingga 11:30 malam

Alamat:
A-03-03A, Tamarind Square, 63000 Cyberjaya, Selangor

Waktu operasi:
Setiap hari (9:00 pagi hingga 11:30 malam)

Admin dah pernah try dan memang sedap. Tunggu apa lagi? Jom serbu!

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: