seismik

Tak Ada Waffle Maker? Jom Cuba Resepi Wafel Yang Mudah Guna Air Fryer Ini

Senanglah nak buat wafel di rumah.

Cover image via Ciktie Dot Com & Allrecipes

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Wafel merupakan dessert yang diperbuat daripada adunan tepung

Teksturnya yang rangup di luar dan lembut di dalam membuatkan ramai orang sukakannya. Wafel juga sering dimakan bersama coklat, mentega kacang, jem strawberi dan banyak lagi.

Anda boleh dapatkan wafel hampir di mana-mana sahaja kerana dessert ini banyak dijual. Namun, apa salahnya kadangkala anda buat sendiri wafel di rumah?

Tahukah anda bahawa wafel juga boleh dibuat tanpa waffle maker tau. Guna air fryer pun boleh! Oleh itu, di sini kami kongsikan resepi wafel menggunakan air fryer dari @j.niceday di TikTok ini.

@j.niceday

Emangnya bisa bikin #waffle walau ga punya #wafflemaker yg lagi #viral itu? Tonton sampai abis utk tutorialnya @nourish_indonesia #reseptiktok

Breakfast Challenge Song (Slowly) - SPENCE

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Telur
  • Susu segar
  • Butter
  • Tepung wafel premix

Cara-cara penyediaan:

1. Masukkan satu biji telur, 80ml susu segar dan 20g butter yang sudah dicairkan ke dalam satu mangkuk. Kacau hingga sebati.
2. Kemudian, masukkan pula 100g tepung wafel premix kesukaan anda. Anda boleh dapatkan tepung wafel premix di Shopee. Selepas itu, kacau hingga sebati.
3. Tuangkan adunan tadi ke dalam silicone waffle mold. Pastikan jangan terlalu penuh.
4. Panaskan dalam air fryer dengan suhu 180 °C selama 20 minit.
5. Dah siap! Hias wafel anda dengan buah-buahan kesukaan anda, syrup, madu, nutella atau apa-apa sahaja. Makan begitu sahaja pun sedap!

Senang je nak buat wafel guna air fryer rupanya. Mesti sedap ni! :D

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: