Kafe Estetik Di Johor Ini Sediakan Aneka French Pastry Dengan Harga Yang Sangat Berpatutan
Jom serbu ramai-ramai!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Cafe-hopping sudah menjadi satu hobi kegemaran ramai terutamanya golongan anak muda
Dengan adanya pelbagai jenis kafe yang estetik dan menarik, memang takkan habis kafe yang ingin dikunjungi.
Setiap kafe mempunyai signature mereka tersendiri dan kebanyakan kafe pasti akan menyediakan aneka minuman seperti kopi. Memang sedap sangat diminum sambil nikmati vibe kafe.
Oleh itu, di sini kami kongsikan satu kafe estetik yang menawarkan aneka french pastry dengan harga yang sangat berpatutan.
Terletak di Johor Bahru, Space Cafe merupakan antara kafe estetik yang mesti anda kunjungi
Seperti namanya, kafe ini mempunyai banyak space untuk anda duduk dan nikmati minuman serta french pastry yang ditawarkan.
Dari pintu masuk hinggalah setiap sudut kafe itu merupakan spot menarik untuk anda ambil gambar atau OOTD. Bolehlah muat naik di Instagram, confirm estetik!
Interior kafe yang simple tetapi sangat lawa dan sedap mata memandang membuatkan pelanggan selesa untuk kunjungi.
Bukan setakat minuman menarik dan unik, kafe ini turut menawarkan french pastry yang sedap dan murah
Jika anda berpeluang untuk kunjungi Space Cafe yang terletak di Johor Bahru ini, pastikan anda cuba minuman mereka yang unik dan pelbagai.
Kafe ini menawarkan minuman berasaskan kopi dan ada juga yang non-coffee. Antara menu must-try mereka ialah Caramel Biscotti Latte.
Selain itu, mereka juga menawarkan aneka french pastry yang sedap dengan harga yang sangat berpatutan. Percayalah, sekali makan anda pasti sukakannya!
Antara french pastry yang perlu anda cuba ialah Canelé de Bordeaux, Blueberry Danish dan Creme Brulee Tart.
Kami juga sempat berhubung dengan pihak Space Cafe dan telah mendapatkan kepastian bahawa minuman dan french pastry yang disediakan diperbuat daripada sumber yang halal.
Space Cafe beroperasi setiap hari dari pagi hingga lewat malam
Alamat:
Holiday Villa, G-11, 260, Jalan Dato Sulaiman, Taman Abad, 80250 Johor Bahru, Johor
Waktu operasi:
Setiap hari (8:00 AM hingga 12:00 AM)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!