seismik

"Mudah & Premium" - Jom Cuba Resepi Aiskrim Malaysia Versi Magnum Yang Sedap Ini

Makan waktu panas memang ngam!

Cover image via Eightaste Cravings (Facebook) & Which.co.uk

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Aiskrim Malaysia sememangnya legend dan terkenal pada zaman dahulu

Kini, makin banyak perisa sudah dijual di pasaran. Namun, sudah tentulah harganya tidak murah seperti dulu.

Tahukah anda bahawa Aiskrim Malaysia ini boleh dibuat sendiri di sendiri dan caranya juga mudah.

Bosan dengan perisa biasa? Di sini kami kongsikan resepi Aiskrim Malaysia versi Magnum yang premium dan sedap daripada @good.food.gang di TikTok. Anda hanya perlukan empat bahan sahaja!

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Whipping cream
  • Susu segar
  • Susu pekat
  • Coklat masakan

Cara penyediaan:

1. Masukkan 225ml whipping cream, 100ml susu segar dan 70ml susu pekat ke dalam pengisar dan blend selama 1 minit. 
2. Cairkan 200g coklat masakan (dark chocolate) menggunakan teknik double boil. Kemudian, masukkan coklat yang telah dicairkan ke dalam piping bag dan masukkan pula ke dalam plastik aiskrim ataupun freezie bag.
3. Seterusnya, ratakan coklat yang telah dimasukkan ke dalam plastik aiskrim. Pastikan ianya sekata.
4. Kemudian, masukkan pula bahan yang telah dikisar sebentar tadi ke dalam plastik aiskrim yang sama. Pastikan anda masukkan ia di bahagian tengah dan jangan isi penuh sangat.
5. Ikat plastik aiskrim dengan ketat dan sejukkan di dalam freezer semalaman. Satu adunan ini boleh hasilkan kira-kira 6 hingga 8 batang aiskrim.
6. Dah siap! Anda boleh nikmati Aiskrim Malaysia versi Magnum anda keesokan harinya.

Sedap ni kalau dapat makan waktu cuaca panas. Malam ni juga nak buat!

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: