Sedap Dijadikan Kudapan Waktu Minum Petang, Ini 6 Resepi Cucur Yang Boleh Anda Buat
Makan panas-panas memang sedap!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Cucur memang sangat sesuai dimakan sewaktu minum petang
Tambahan itu, cucur juga sering dipanggil sebagai cekodok ataupun jemput-jemput oleh sesetengah orang.
Kudapan ini mempunyai aneka jenis dan ia juga boleh dibuat mengikut cita rasa sendiri. Jika anda sukakan kentang, boleh tambah kentang ke dalam adunan. Jika anda tidak gemar akan bawang, tidak perlu tambah bawang ke dalam adunan.
Oleh itu, di sini kami kongsikan 6 resepi cucur lazat yang boleh anda buat untuk dimakan bersama keluarga sewaktu minum petang.
1. Cucur Lemak Manis
Seperti namanya, cucur ini sememangnya rasa berlemak manis. Mudah sahaja untuk dibuat dan menjadi kegemaran ramai tidak kira tua ataupun muda.
Jika anda tiada masa untuk membuat sendiri adunan tepung cucur lemak manis ini, anda boleh sahaja dapatkan tepung cucur lemak manis Adabi.
Dapatkan resepi penuh di sini.
2. Cekodok Pisang
Antara cucur favourite orang ramai, cekodok pisang memang sedap dimakan bersama keluarga sewaktu minum petang.
Nak membuatnya pun mudah sahaja dan tidak leceh. Anda hanya perlukan empat bahan sahaja untuk membuat cekodok pisang yang sedap dan confirm ketagih ini!
Dapatkan resepi penuh di sini.
5. Cucur Ikan Bilis
Peminat setia ikan bilis pasti sukakan cucur ikan bilis, lebih-lebih lagi bila dimakan semasa masih panas. Fuh, memang sedap!
Sedap dicecah dengan sambal, sos cili ataupun boleh dimakan begitu sahaja. Jika anda sukakan sayur juga, bolehlah tambah sayur-sayuran mengikut cita rasa anda bagi menambah lagi rasa sedap cucur.
Dapatkan resepi penuh di sini.
5. Jemput-Jemput Kelapa
Jika anda tidak pernah cuba jemput-jemput kelapa, inilah waktunya untuk anda cuba buat kali pertama. Percayalah, rasanya memang sedap belaka!
Boleh dimakan begitu sahaja atau anda boleh cecah dengan sambal tumis untuk melengkapkan lagi rasa cucur ini.
Dapatkan resepi penuh di sini.
6. Cucur Bawang
Antara resepi cucur yang sangat simple dan mudah dibuat pada bila-bila masa iaitu cucur bawang. Makan panas-panas sambil minum petang memang nikmat!
Bahan yang digunakan juga sedikit sahaja. Anda hanya perlukan tepung gandum, telur, bawang, gula, garam dan air untuk membuat cucur bawang yang enak.
Dapatkan resepi penuh di sini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!