"Halal & Berpatutan" - Jom Cuba A5 Wagyu Skewer Yang Juicy Di Bukit Bintang Ini
Wah, mesti sedap ni!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Jika anda seorang peminat steak, anda pasti tahu tentang daging Wagyu kan?
Daging Wagyu berasal daripada lembu di Jepun dan ia menjadi kegemaran ramai orang di seluruh dunia disebabkan rasanya yang sangat sedap.
Selain itu, daging ini juga terkenal dengan harganya yang boleh tahan mahal. Jika anda pergi ke kedai atau restoran yang menyediakan steak, anda akan terkejut melihat harganya.
Oleh itu, di sini kami kongsikan satu tempat menarik di mana anda boleh makan A5 Wagyu Skewer yang juicy dan yang paling penting, harganya berpatutan.
Daging Wagyu daripada sumber yang halal, beri peluang kepada orang ramai untuk menikmatinya
Anda boleh dapatkan A5 Wagyu Skewer di cawangan DON DON DONKI, kedai yang menjual pelbagai barangan dari Jepun.
Bahagian brisket A5 Wagyu membolehkan pelanggan menikmati kelembutan dan lemak daging yang juicy. Confirm cair di mulut!
Skewer ini dijual pada harga RM15.80 untuk satu cucuk besar dan RM9.80 untuk cucuk kecil. Dekat mana lagi anda boleh dapatkan Wagyu dengan harga yang murah macam ni? Hanya di DON DON DONKI tau!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!