Anda Teringin French Pastry? Jom Cuba Resepi Canelé Yang Mudah & Bikin Ketagih Ini
Satu je memang tak cukup tau.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Jika anda pernah kunjungi kafe yang menyediakan french pastry, anda pasti kenali Canelé
Canelé merupakan pastri yang berasal dari negara Perancis. Bentuknya yang kecil dan rasanya yang sangat unik membuatkan ramai orang tergila-gilakannya.
Resepi sebenar pastri ini memerlukan sedikit arak iaitu Rum, tetapi ia sama sekali tidak boleh dimakan oleh mereka yang beragama Islam.
Jadi, di sini kami kongsikan satu resepi Canelé yang muslim-friendly daripada @hungrycecee di TikTok untuk anda cuba di rumah. Rasanya yang rangup di luar dan lembut di dalam akan buat anda addicted!
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Telur
- Gula kastor
- Susu full cream
- Esen vanila
- Tepung kek
- Salted butter
Cara-cara penyediaan:
1. Pecahkan satu biji telur dan satu biji telur kuning ke dalam mangkuk. Kemudian, kacau hingga sebati.
Image via @hungrycecee (TikTok)
2. Sediakan satu lagi mangkuk dan masukkan 500ml susu full cream. Masukkan juga 200g gula kastor lalu kacau.
Image via @hungrycecee (TikTok)
3. Kemudian, tuangkan campuran susu full cream dan gula kastor ke dalam mangkuk yang berisi telur tadi secara perlahan-lahan. Kacau hingga sebati.
Image via @hungrycecee (TikTok)
4. Masukkan 2 sudu teh esen vanila.
Image via @hungrycecee (TikTok)
5. Ayak 120g tepung kek dan kacau hingga tiada ketulan.
Image via @hungrycecee (TikTok)
6. Masukkan pula 50g salted butter. Kacau hingga rata
Image via @hungrycecee (TikTok)
7. Tapis dan tuangkan adunan ke dalam jag. Hal ini akan memudahkan anda untuk menuang adunan ke dalam acuan.
Image via @hungrycecee (TikTok)
8. Tuangkan adunan ke dalam acuan Canelé. Pastikan ia tidak terlalu penuh.
Image via @hungrycecee (TikTok)
9. Bakar Canelé di dalam oven pada suhu 200 ke 250 °C selama 1 jam 30 minit.
Image via null
10. Dah siap! Sejukkan Canelé sebentar pada suhu bilik dan anda sudah boleh nikmatinya.
Image via @hungrycecee (TikTok)
Image via @hungrycecee (TikTok)
OMG, sedapnya Canelé ni! Siapa yang tak pernah cuba tu bolehlah buat di rumah 😀
Image via null
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik

Cover image via