seismik

"Kena Scam” - Baru Nak Makan Durian, Sekali Dapat Isi Kecil Macam Kismis

Alamak, kecil sangat isinya tu.

Cover image via @jieyhaaaa__ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Umum sedia maklum, musim durian di Malaysia antara perkara yang ditunggu-tunggu rakyat di negara kita

Durian terdiri daripada beberapa jenis dan harga. Ada yang mahal dan ada juga yang murah. Jika seseorang itu merupakan pencinta durian, tidak hairanlah jika dia sanggup berbelanja duit yang banyak demi durian.

Namun, lain pula yang terjadi dalam satu video yang tular di TikTok baru-baru ini, berkenaan seorang wanita yang berkongsi pengalaman sedihnya mendapat isi durian sekecil kismis telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Semangat nak makan durian, tapi isinya pula terlalu kecil

Menerusi video yang dikongsikan oleh @jieyhaaaa__ di TikTok, kelihatan rakaman menunjukkan sebuah durian yang baru dikupas.

Apa yang mengejutkan netizen adalah apabila isi durian tersebut dilihat begitu kecil. Sudah tentu si pembeli berasa sangat kecewa.

“Lain kali beli durian minta buka siap-siap, nampak isi baru beli. That tips sebab kadang kita beli tak semua berisi nanti satu row je ada isi” - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video yang dikongsikan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 712.1K tontonan, 28.1K tanda suka dan 728 komen di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kecewanya! Kalau macam ni, makan kulit je lah kak :')

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: