seismik

“Cari Pisau” - Lelaki Kongsi Pengalaman Seram Di Dapur Homestay Ini Tarik Perhatian Ramai

Dia nak masak apa tu?

Cover image via @sazrulmalaya (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti umum tahu, manusia berkongsi dunia ini dengan pelbagai makhluk lain

Selain manusia, Allah turut menciptakan makhluk seperti kucing dan haiwan lain. Bukan itu sahaja, makhluk halus seperti syaitan dan jin juga turut diciptakan.

Begitu juga dengan satu video yang tular di TikTok baru-baru ini, berkenaan seorang lelaki yang berkongsi pengalaman seram di sebuah homestay telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tiada sesiapa pun di dapur, tetapi laci terbuka dan tertutup sendiri

Menerusi perkongsian video daripada @sazrulmalaya di TikTok, kelihatan rakaman di sebuah dapur homestay yang tidak dikenal pasti.

Apa yang mengejutkan netizen adalah apabila laci di dapur itu terbuka dan tertutup dengan sendiri, sedangkan tiada sesiapa pun yang berada di dapur itu.

“Kena tukar rail laci yang soft close dah tu, nanti dia main tutup buka dah tak bising” - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video yang dikongsikan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 634.5K tontonan, 22.5K tanda suka dan 1,625 komen di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Alamak, siapa pula di sana tu? Takut weh :')

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: