seismik

“Huru Hara” - Aksi Budak Lelaki Main Flying Fox Lalu Menangis Ini Tarik Perhatian Netizen

Bukan main lagi dia ketawakan orang.

Cover image via @fakimi18_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Meluangkan masa bersama keluarga memang seronok dan bermakna

Tambahan lagi, jika ada budak-budak kecil yang selalu membuatkan orang tidak kering gusi dengan gelagat mereka.

Begitu juga dengan satu video yang tular baru-baru ini, memaparkan seorang budak lelaki bermain flying fox telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Pada awalnya berani tetapi tiba-tiba menangis pula

Menerusi video yang dimuat naik oleh @fakimi18_ di TikTok, kelihatan seorang budak lelaki sedang bermain flying fox di sebuah tempat yang tidak dikenal pasti.

Namun, apa yang mendapat perhatian ramai adalah reaksi budak lelaki itu yang ketakutan kerana bimbang terlanggar tiang. Kesudahannya, dia dilihat menangis.

Lebih menghiburkan adalah apabila si perakam video tersebut gelak sakan melihat reaksi budak lelaki itu.

Tambahan itu, netizen turut perasan kejadian yang melucukan di dalam video itu di mana terdapat dua orang lelaki sedang bermain bumper ball jatuh tergolek.

“Banyak sangat benda lawak dalam satu video ni lahaiii HAHAHAHAHAHAHAHA” - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 1.8M views, 214.7K likes dan 5,097 comments di TikTok, rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Memang tak ada siapa ke nak tolong abang dekat belakang tu? :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: