Gadis Buat Rawatan Lasik Bernilai RM700 Di Mesir Ini Jadi Bualan Ramai. Murah!
Boleh tahan murah juga harganya.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bagi mereka yang rabun, memakai cermin mata atau contact lens mungkin memenatkan
Oleh itu, ramai yang memasang impian untuk membuat rawatan lasik yang membolehkan mereka untuk melihat dengan jelas semula. Tetapi, kos rawatan tersebut memang sangat mahal hingga mencecah RM6,000 untuk satu mata sahaja.
Namun, lain pula dengan satu video yang tular di TikTok baru-baru ini, berkenaan seorang wanita melakukan rawatan lasik bernilai RM700 di Mesir telah meraih perhatian netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sanggup terbang ke Mesir untuk buat rawatan lasik yang murah
Menerusi video yang dimuat naik oleh @blackybeasty di TikTok, kelihatan seorang wanita menunjukkan pengalamannya mendapatkan rawatan lasik di Mesir.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah harga rawatan lasik yang murah iaitu hanya RM700 untuk kedua-dua mata. Jika di Malaysia, kos rawatan lasik boleh mencecah ribuan ringgit.
“I pun one of students yang buat lasik surgery dekat Egypt. Dia ada range from RM700 - RM1.5K, depends on kedai & jenis surgery (lasik/smile).” - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video yang dikongsikan. Ada juga yang meminta full guide untuk membuat rawatan lasik di Mesir.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 1.2M tontonan, 149.9K tanda suka dan 3,231 komen di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!