seismik

“Kesian Dia” - Aksi Lelaki Tak Nak Kongsi Aiskrim Dengan Budak Perempuan Ini Undang Tawa

Sampai hati buat macam tu.

Cover image via @alialatif97 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dinafikan bahawa kanak-kanak mampu mencairkan hati orang dewasa

Iyalah, dengan ragam dan telatah mereka yang comel itu, siapa sahaja yang tidak kalah dengan mereka?

Namun, lain pula yang terjadi dalam satu video yang tular baru-baru ini memaparkan seorang lelaki enggan berkongsi aiskrim dengan seorang budak perempuan telah mencuri perhatian netizen.

Lihat video penuh itu di bawah: 

Penat buat muka kesian, tetapi lelaki ini tetap tak mahu berkongsi aiskrim

Menerusi video yang dikongsikan oleh @alialatif97 di TikTok, kelihatan seorang lelaki sedang ingin makan aiskrim.

Namun, tiba-tiba terdapat seorang budak perempuan yang membuat muka kesian dan comel kepadanya dengan harapan mendapatkan aiskrim tersebut.

Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila lelaki itu dilihat seakan-akan ingin memberikan aiskrim kepada budak perempuan itu, tetapi akhirnya dia menjilat aiskrim tersebut tanpa rasa bersalah.

“Disebabkan benda ni lah aku kena marah dengan mak aku dan dia suruh beli Magnum, mahal lagi daripada aku punya” - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 1.7M views, 188.9K likes dan 2,329 comments di TikTok, rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Apalah dendam abang ni dekat budak perempuan tu, minta maaf dekat dia cepat! :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: