seismik

Sedap Dijadikan Kudapan Minum Petang, Jom Cuba Resepi Roti Gula Kering Yang Mudah Ini

Cecah dengan air panas memang ngam!

Cover image via @nrlchyain (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Minum petang tidak lengkap tanpa kudap-kudapan yang menyelerakan

Oleh itu, ada plebagai jenis kudapan yang sering dimakan sewaktu minum petang termasuklah roti dan biskut.

Namun, kadangkala mungkin anda bosan makan roti atau biskut yang sama sahaja bukan? Mungkin, tiada pilihan yang menarik ditawarkan di kedai juga.

Jangan risau, kami akan kongsikan satu resepi kudapan untuk minum petang yang sangat simple dan lazat dicecah dengan air panas. Ikuti perkongsian resepi Roti Gula Kering oleh @nrlchyain di TikTok ini.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Roti putih
  • Mentega
  • Gula

Cara-cara penyediaan:

1. Pertama sekali, potong roti putih menjadi bentuk segi empat.
2. Sapukan mentega pada satu permukaan roti yang telah dipotong tadi.
3. Seterusnya, salutkan pula dengan gula hingga rata.
4. Kemudian, bakar roti tadi menggunakan air fryer pada suhu 160°C selama 10 minit.
5. Dah siap! Roti Gula Kering ini lebih sedap dimakan jika dicecah dengan air panas.

Mudah dan ringkas sahaja cara membuatnya. Selamat mencuba!

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: