Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Antivaksin Dinasihatkan Berhenti 'Menghasut' Jika Tidak Boleh Dipenjara & Didenda RM50,000

Sekiranya didapati bersalah, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara dan denda.

Cover image via Bernama Berita Harian

Umum sedia maklum, baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan pendaftaran untuk penerima vaksin Covid-19 telah dibuka dan ia boleh dibuat menerusi aplikasi MySejahtera dan beberapa kaedah lain

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Image via Bernama

Menurut laporan, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pula berkata, selaras itu, orang ramai kini boleh mengemukakan permohonan masing-masing dan segera mendapatkan suntikan dos pertama seperti apa yang telah dijadualkan.

Namun, ada juga segelintir pihak yang dilihat menolak menerima vaksin berkenaan yang menggelarkan diri mereka golongan antivaksin.

Golongan itu pula turut dilihat aktif berkongsi pendapat mereka di laman sosial dan menyebarkan berita yang tidak benar mengenai pengetahuan vaksin.

Golongan antivaksin yang kerap menyebarkan berita palsu boleh didakwa dan dikenakan tindakan undang-undang

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Sekiranya didapati bersalah, mereka boleh didenda RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali di bawah di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Bukan itu sahaja, kes berita palsu juga boleh disiasat mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan sekiranya didapati bersalah, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara dan denda.

Barang siapa membuat, menerbit atau mengedarkan apa-apa kenyataan, khabar angin atau berita dengan niat hendak menyebabkan maklumat palsu dan tidak tepat dengan erti kata lain menghasut, mereka ini tidak akan terkecuali untuk berdepan dengan tindakan undang-undang.

Ingat ya guys, jangan sebarkan maklumat palsu atau kurang pasti mengenai vaksin Covid-19 dan berhenti untuk menghasut!

Image via GIPHY

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment