Anwar Ibrahim Kini Di Tempat Ke-15 Dalam Senarai 500 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia
Tahniah dan syabas buat PMX!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini tersenarai di tempat ke-15 dalam 500 Muslim paling berpengaruh di dunia
Image via BERNAMA via Sinar Harian
Perkara itu dikeluarkan The Muslim 500: The World’s 500 Most Influential Muslim 2025, diterbitkan sebuah pusat kajian bebas, Pusat Kajian Strategik Diraja Islam (RISSC) yang bernaung bersama Institut Pemikiran Islam Diraja Aal al-Bayt berpangkalan di Amman, Jordan.
The Muslim 500 juga menyenaraikan Raja Jordan, Raja Abdullah II Al-Hussein di tempat pertama diikuti Ulama dan Pengarah Dar Al Mustafay, Tarim Yaman Sheikh Al-Habib Umar Hafiz; Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani; Pemimpin Tinggi Iran, Ayatollah Sayyid Ali Khamenei dan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud.
Menerusi senarai yang dikeluarkan itu, Anwar juga berada di tempat kesembilan dalam kategori pemimpin dan ahli politik.
Image via The Muslim 500
Turut tersenarai dalam carta Top 25 bagi kategori yang sama ialah Presiden Indonesia dipilih dan juga Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto di tangga ke-10 manakala Presiden Indonesia, Joko Widodo berada di tangga ke-23.
Kategori Pemimpin dan Ahli Politik Muslim Paling Berpengaruh itu merupakan satu daripada tiga kategori ‘Honourable Mentions’ dan berada dalam senarai Top 50 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia bagi edisi 2025 ini.
Untuk rekod, Anwar berada di tangga ke-17 pada tahun 2024 sebelum menaikkan kedudukannya ke tangga ke-15 dalam senarai yang dikeluarkan untuk tahun 2025
Image via The Muslim 500
Selain itu, isteri Anwar, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berjaya menduduki senarai 500 individu muslim berpengaruh dalam kategori Ahli Politik Muslim diikuti bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Juga tersenarai ialah Presiden Pas, Abdul Hadi Awang (kategori Pendakwah) dan angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha (kategori Sains dan Teknologi).
Bagi kategori Seni dan Budaya, turut tersenarai penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun dan penyanyi dan usahawan, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.
Menurut risalah The Muslim 500: The World’s 500 Most Influential Muslims edisi ke-16, terdapat kira-kira 2.1 bilion penganut agama Islam di seluruh dunia buat masa ini.
Penerbitan risalah secara tahunan ini adalah bertujuan untuk mendedahkan pengaruh yang dimiliki oleh individu beragama Islam, sama ada terhadap dunia Islam atau komuniti global.
Untuk senarai penuh The Muslim 500: The World’s 500 Most Influential Muslim 2025, anda boleh klik di SINI!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment