Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Apa Dosa Anak Saya?" - Bapa Minta Henti Penipuan Guna Imej Anaknya Yang Telah Meninggal

Dia juga kesal kerana ia berlarutan sejak sekian lama iaitu sewaktu Bilal masih ada lagi.

Cover image via Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang bapa meluahkan rasa kecewa selepas imej dan rakaman video siaran langsung anaknya digunakan individu tidak bertanggungjawab

Mohammad Azhar Arzemi, 31 memberitahu bahawa imej dan video anaknya, Mohammad Bilal Yusra atau nama manjanya Bilal telah digunakan oleh individu dipercayai sindiket penipuan (scammer) yang melakukannya bagi mengumpul dana untuk kepentingan peribadi.

Menurut laporan Harian Metro, Mohammad Azhar memberitahu apa yang berlaku amat menyedihkan kerana Bilal sudah sembilan bulan meninggal dunia namun masih ada cuba mengambil kesempatan.

"Cukuplah menipu, anak saya pun sudah tiada. Apa dosa dan salah anak saya sampai jadi mangsa?," katanya.

Image via Harian Metro

Dia juga kesal kerana ia berlarutan sejak sekian lama iaitu sewaktu Bilal masih ada lagi.

"Saya sudah lama sedar kewujudan individu menggunakan gambar dan video Bilal, seingat saya sejak mula berkongsi kisahnya di media sosial.

"Semua yang buat begitu menggunakan akaun palsu dan saya mendapat maklumat selepas ada bertanya untuk dapatkan kepastian.

"Baru-baru ini, saya sendiri nampak video menggunakan gambar anak saya di TikTok dan sangat sedih mengenangkan mengapa mereka tergamak buat begitu ketika saya dengan isteri masih bersedih dengan ketiadaan anak," katanya

Tambah Mohammad Azhar, dia juga bercadang membuat laporan polis supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan ke atas individu terbabit.

Bagaimanapun, dia berharap orang ramai tidak terpedaya dengan mana-mana individu yang menggunakan gambar atau video lama anaknya itu.

"Saya memang dalam kesempitan dan perlukan dana untuk anak sulung, istimewanya, Nur Khaulah Al Azwar Mohammad Azhar, 5, menjalani rawatan susulan akibat masalah tulang belakang bengkok.

"Tapi bila tersiarnya video dan gambar lama Bilal buat ramai salah sangka sedangkan Bilal sudah tiada.

"Jadi, mereka yang nak bantu boleh menghubungi saya di talian 010-219 5301 untuk kepastian atau menghulurkan sumbangan melalui akaun CIMB bernombor 7047468689 atas nama Mohammad Azhar Arzemi kerana hanya itu akaun yang sah," katanya.

Image via Harian Metro

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan penyakit Bilal yang menderita akibat kecacatan tempurung kepala atau Alobar Holoprosencaphly.

Berikutan itu, kepalanya membesar hingga pernah mencapai berat 28 kilogram (kg). Malah, Bilal memerlukan penjagaan rapi yang menyebabkan kedua ibu bapanya tidak dapat bekerja tetap walaupun kesempitan wang.

Namun, pada 15 Disember tahun lalu, Bilal dilaporkan meninggal dunia di pangkuan ibu bapanya di rumah mereka di Kampung Sungai Ular.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment