Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Apa Yang Sudah Jadi" - Tular Video Dikatakan Suasana Pantai Cenang Semakin Lengang

Lokasi 'cekik darah' seperti bercuti di kota London.

Cover image via @khair.review (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika dilihat sekarang, suasana Pantai Cenang pada hujung minggu tidak lagi semeriah dahulu

Aktiviti bercuti bersama keluarga pada musim cuti atau hujung minggu merupakan salah satu perkara yang menjadi kebiasaan bagi rakyat di negara ini. Di Malaysia, pelbagai lokasi menarik yang menjadi tarikan pelancong sama ada dalam dan luar negara.

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman sosial TikTok berkaitan suasana Pantai Cenang yang tidak semeriah seperti biasa walaupun pada hujung minggu.

Lebih menjadi perhatian, gerai-gerai di tepi jalan yang menjual barangan kraf tangan dan makanan kelihatan suram dan kurang kehadiran pengunjung.

Rakyat Malaysia lebih memilih untuk bercuti di Thailand kerana kos lebih murah

Menerusi video yang telah dimuatnaik oleh @khair.review di TikTok, suasana 'suram' yang berlaku di Pantai Cenang tersebut adalah berpunca daripada rakyat Malaysia sendiri yang memilih untuk bercuti di Thailand.

Perbelanjaan dan kos percutian di sana jauh lebih murah dan menarik jika ingin dibandingkan dengan tempat tarikan pelancong di Malaysia.

Tambahan pula, kos dan harga barangan di negara ini lebih merisaukan kerana berlakunya inflasi baru-baru ini. Perkara ini mampu memberi impak yang besar dalam industri pelancongan.

Image via @khair.review

Image via @khair.review

Image via @khair.review

"Flight mahal. Hotel mahal. Semua mahal. Tak boleh buat apa" - Netizen

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berkongsi luahan berkaitan harga yang semakin 'cekik darah' dan tidak berbaloi.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 370.4K views, 8870 likes dan 3719 comments di TikTok.

Berikut di bawah merupakan antara komen dan luahan kecewa daripada warganet di TikTok: 

Image via @khair.review

Image via @khair.review

Image via @khair.review

Semua benda nak naik harga, duduk rumah je la macam ni :')

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment