seismik

[VIDEO] Macam Elvis Presley, Stail Rambut 'Belah Tengah' Kucing Ini Jadi Perhatian Ramai

Tak sangka ex vokalis New Boys naik FYP.

Cover image via @mat_harith (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebut sahaja berkaitan kucing, pasti ada perkara lucu dan gelagat comel yang menjadi topik dalam kalangan rakyat Malaysia

Kehadiran si comel dalam setiap keluarga pencinta haiwan di negara ini sering menghidupkan suasana ceria dan meriah.

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman sosial Tiktok berkaitan seekor kucing berwarna putih yang mempunyai tompokan hitam di kepalanya. 

Lebih menarik, tompokan tersebut seakan-akan berbentuk rambut 'belah tengah' dan mempunyai eyeliner di sebelah kanan matanya.

Lihat video itu di bawah:

Corak bulu yang sangat unik tarik perhatian ramai

Menerusi video yang dimuat naik oleh @mat_harith di TikTok, kucing yang sudah mempunyai pemilik itu dikatakan sama dengan seorang penyanyi lagenda iaitu Elvis Presley kerana bentuk tompokan hitam tersebut sama seperti sideburn rambut penyanyi berkenaan.

Tambahan pula, muka kucing tersebut yang kelihatan tidak ramah menarik perhatian netizen. Malah, muzik latar yang lucu itu mengundang tawa ramai.


“Ini rambut gaya Elvis Presley. Sideburn panjang tu. Kau ape tau.” - Netizen

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat rupa paras dan bentuk bulu si bulus itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.4M views, 182,9K likes dan 3787 comments di TikTok.

Berikut di bawah merupakan antara komen lucu daripada warganet di TikTok:

Rambut belah tengah pun handsome kucing ni :)

Image via Tenor

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: