"Apollo!" - Guna Sound Iklan Lejen, Aksi Lelaki Di Times Square Theme Park Curi Tumpuan
Kena pula tu timing dia.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sesiapa yang membesar pada tahun 2000, pasti anda familiar dengan iklan 'lejen' wafer coklat jenama Apollo bukan?
Mana tidaknya, Apollo merupakan jajan kegemaran ramai semasa zaman sekolah kerana rasanya yang sedap membuatkan kita ketagih setiap kali menikmatinya. Malah, iklannya juga telah memenangi hati kanak-kanak zaman dulu kerana jingle yang menarik dan mudah diingati.
Jika terdengar saja perkataan "Apollo!", sudah tentu kita automatik teringat babak seorang budak lelaki berbaju merah menjerit slogan itu sambil menuding jarinya di langit.
Baru-baru ini, tular pula sebuah video seorang lelaki cuba meniru babak dalam iklan Apollo di Berjaya Times Square Theme Park telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tiru aksi dalam iklan Apollo, jadikan roller coaster sebagai props
Menerusi video yang dikongsi oleh @__aimndnsh, kelihatan lelaki itu sedang berada di Berjaya Times Square Theme Park bersama kawannya.
Apa yang mencuri perhatian adalah apabila dia dilihat berada di bawah laluan roller coaster dan meminta si perakam menunggu sesuatu.
Rupa-rupanya, sebaik saja roller coaster lalu di atasnya, dia dilihat meniru babak budak lelaki dalam iklan 'lejen' Apollo yang popular pada tahun 2008 itu. Dia spontan menudingkan jarinya selari dengan kelajuan roller coaster tersebut.
Image via @__aimndnsh (TikTok)
Image via @__aimndnsh (TikTok)
"Weh menjadi, hahaha this is so random. Legendary Malaysia video" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 398.2K tontonan, 95.6K tanda suka dan 2.4K perkongsian di TikTok.
Rata-rata warganet turut terhibur dan teringat kembali zaman nostalgia mereka sewaktu masih kecil.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Image via @__aimndnsh (TikTok)
Image via @__aimndnsh (TikTok)
Image via @__aimndnsh (TikTok)
Image via @__aimndnsh (TikTok)
Image via @__aimndnsh (TikTok)
Image via @__aimndnsh (TikTok)
Image via @__aimndnsh (TikTok)
Image via @__aimndnsh (TikTok)
Image via @__aimndnsh (TikTok)
Image via @__aimndnsh (TikTok)
Macam manalah boleh timbul idea tu ya bang? Kreatif betul! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment