seismik

"Auto Free Hair" - Gadis Ini Main Game Ekstrem Di Escape Penang, Sekali Lain Yang Jadi

Allahu, malu sis!

Cover image via @hanimeidayu (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bagi anda yang pernah mengunjungi ke Escape Penang, sudah tentu anda tahu terdapat banyak permainan ekstrem dan mencabar di sana bukan?

Aktiviti-aktiviti di sana sangat menyeronokkan, tambahan pula jika kita pergi bersama kawan-kawan yang berkongsi hobi sama. Mesti double seronok!

Namun, pemakaian yang sesuai juga perlu diambil kira. Jika tidak, mungkin anda akan mengalami situasi seperti seorang gadis ini apabila dia bermain slingshot di Escape Penang telah bertukar menjadi tragedi memalukan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@hanimeidayu HAHAHAHAHAHA bukan takat jatung ja hilang tudung pun hilang ‍ #escapepenang Oh No - Kreepa

Excited main slingshot, sekali anak tudung pula tercabut

Menerusi video yang dimuat naik oleh @hanimeidayu, kelihatan gadis itu bermain salah satu permainan yang dipanggil slingshot di Escape Penang.

Permainan itu agak ekstrem kerana kita akan dilepaskan dari bawah dan melambung ke atas beberapa kali sambil diikat di antara pokok.

Tetapi, apa yang menghiburkan adalah apabila sebaik saja gadis tersebut melambung ke atas, tudung dan scarfnya tercabut sehingga menampakkan keseluruhan rambutnya.

"Bukan takat jantung je hilang, tudung pun hilang," katanya.

"Malu tak boleh bincang woi, hahaha nasib baik tak sangkut dekat pokok tu" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini telah meraih 449.2K views, 16.8K likes dan 1.3K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat situasi lucu tersebut.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai, tak pasal-pasal free hair kejap. Mana nak letak muka! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: