"Why Now?" - Ternampak Orang Pakai Baju Design Sama, Elyana Cover Malu Dekat Kedai Makan
Baju ni memang ramai ada.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Walaupun sudah banyak kali terjadi, tetapi isu terjumpa orang yang pakai baju sama dengan kita memang melucukan
Tambahan pula jika kita membeli baju itu di Shopee ataupun Lazada, memang confirm akan terpakai pada waktu yang sama dengan individu lain. Kalau terserempak, mulalah masing-masing menggelupur.
Tidak terkecuali dengan penyanyi wanita Elyana, apabila videonya mendapat perhatian ramai di Instagram gara-gara dia terjumpa seorang wanita di kedai makan memakai baju corak sama dengannya.
Lihat video penuh itu di bawah:
Malu terjumpa orang pakai baju sama, terpaksa makan sambil cover muka
Menerusi video yang dimuat naik sendiri oleh Elyana di laman peribadi Instagramnya, kelihatan dia ketika itu sedang berada di sebuah kedai makan bersama kawannya.
Apa yang menghiburkan adalah apabila dia tidak sangka terjumpa individu yang memakai baju corak leopard sama sepertinya di situ.
Memandangkan individu tersebut hanya duduk di meja sebelahnya, Elyana automatik menyengetkan kepalanya kerana ingin mengelak dari bertentang mata dengan individu itu.
"Arghhh! Dah lebih 10 tahun tak kena kes macam ni. Why now? Why?! Why!!!" tulisnya di kapsyen video.
"Alaa sis, saya pun ada satu baju macam ni. Seramlah nak pakai, haha. Tudung pun dah kenapa sama warna jugak" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini mendapat 279K views, 24.3K likes dan 1.3K comments di Instagram, rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi Elyana dan ramai berkongsi pengalaman sama.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Instagram:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!