“Awak B40” - Suara Macam Voice Over Dalam LRT, Wanita Rakam Alarm Ini Buat Ramai Terpegun
Sentap pula dengar alarm dia.
Tidak dinafikan bahawa ramai orang memang susah bangun daripada tidur, betul tak?
Kesibukan bekerja di siang hari membuatkan badan letih dan memerlukan rehat yang secukupnya. Oleh itu, memasang alarm merupakan perkara wajib bagi mereka yang sukar bangun tidur.
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok berkenaan seorang wanita yang membuat voice-over seperti alarm bangun tidur telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Alarm ini mampu buat ramai orang mudah bangun daripada tidur
Menerusi video yang dimuat naik oleh @nani.roc di TikTok, kelihatan seorang wanita sedang merakam dirinya membuat voice-over alarm bangun tidur.
Namun, apa yang membuatkan netizen terhibur adalah ayat-ayat 'pedas' yang digunakan oleh wanita tersebut seperti, "Bangun pagi. Jangan tekan snooze. Awak B40. Kena bangun. Kerja."
Image via @nani.roc (TikTok)
Image via @nani.roc (TikTok)
“Ni bukan Aidiel je bangun, saya join bangun sekali kak” - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 4M tontonan, 342.6K tanda suka dan 8,098 komen di TikTok, rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video tersebut.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @nani.roc (TikTok)
Image via @nani.roc (TikTok)
Image via @nani.roc (TikTok)
Image via @nani.roc (TikTok)
Image via @nani.roc (TikTok)
Image via @nani.roc (TikTok)
Image via @nani.roc (TikTok)
Image via @nani.roc (TikTok)
Aidiel mesti menyesal suruh akak ni buat alarm. Tak pasal-pasal kena hina :p
Image via giphy.com
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment