Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Ayah Sanggup Dermakan Buah Pinggang Tak Mahu Lihat Anak Lelaki Menderita Sakit

Pengorbanan seorang ayah.

Cover image via @dr.zulkifli (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang ayah sanggup mendermakan buah pinggang kiri kepada anak lelakinya kerana tidak mahu lagi melihat kesakitan yang ditanggung

Menurut laporan dari Harian Metro, Ayub Abdul Ghani, 61 tahun, nekad melakukannya kerana tidak mahu lagi melihat anaknya, Dr Mohamad Zulkifli, 27 tahun, yang menanggung sakit dalam keadaan dirinya juga menggalas tanggungjawab sebagai doktor.

Kisahnya itu dikongsikan Dr Mohamad Zulkifli di TikTok bagi memaklumkan perkembangan terbarunya yang menjalani prosedur pemindahan buah pinggang di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Difahamkan, prosedur itu bermula jam 6.45 pagi dan mengambil masa antara tiga hingga empat jam.

Image via @dr.zulkifli (TikTok)

Minta doa orang ramai agar proses pemindahan buah pinggang selamat

Dr Mohamad Zulkifli yang bertugas di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II di Kota Bharu, Kelantan memaklumkan dia akan diintubasi dan bernafas menggunakan ventilator serta memohon orang ramai mendoakan semuanya berjalan lancar.

Bercerita lanjut kepada sumber, Ayub berkata, dia berhenti merokok sejak tiga bulan lalu bagi menjalani saringan kesihatan dan melayakkan dirinya sebagai penderma organ.

"Ikutkan sudah lama nak berhenti merokok kerana anak yang lain pun minta saya buat begitu kerana sedar tabiat itu tak baik untuk kesihatan.

"Alhamdulillah, saya berjaya dan dapat derma buah pinggang yang mana keputusan itu dibuat kerana keinginan diri sendiri," katanya.

Malah, sebagai bapa, dia berdoa semoga kesihatan anaknya bertambah baik selepas menerima buah pinggang yang didermakannya.

"Tak gementar pun dan saya berserah dengan apa yang berlaku selepas ini (selepas prosedur pemindahan buah pinggang).

"Doakan urusan saya dan anak sihat serta selamat," katanya.

Image via @dr.zulkifli (TikTok)

Terharu dengan pengorbanan ayah nak mendermakan buah pinggang

Sementara itu, Dr Mohamad Zulkifli menghargai kesudian bapanya mendermakan buah pinggang dan menyifatkan apa dilakukan bapanya itu satu pengorbanan yang besar.

Dia juga tidak menyangka derita ditanggungnya akan menjadi asbab bapanya berhenti merokok walaupun dahulunya perokok tegar.

"Pada awalnya, adik perempuan saya yang nak menderma buah pinggang namun tak melepasi saringan kesihatan.

"Lima bulan lalu, saya dapat tahu ayah nak menderma dan terkejut. Pada masa sama terharu kerana dulu, ayah cari rezeki buat kami sekeluarga dan kini derma buah pinggang buat saya pula.

"Sebagai anak yang rapat dengannya, apa dilakukan ayah itu amat bermakna dan tak mungkin saya lupakan sampai bila-bila," katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan kisah Dr Mohamad Zulkifli yang menderita akibat kegagalan buah pinggang sejak empat tahun lalu.

Berikutan itu, Dr Mohamad Zulkifli tiada pilihan melainkan menjalani rawatan peritoenal dialisis atau cuci air dengan kekerapan empat kali sehari, berterusan selama seminggu sejak menanggung derita itu.

Meskipun begitu, Dr Mohamad Zulkifli ketepikan kesakitannya dan cekal menempuh ujian Ilahi hingga dapat menamatkan pengajian dan bergelar doktor.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment