seismik

CHAGEE Tampil Mohon Maaf Lepas Tular Staf Didakwa Cuba Asing Cawan Ada Hadiah Menarik

Difahamkan, pihak CHAGEE kini sedang menjalankan siasatan dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

Cover image via CHAGEE MY & X

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang pekerja CHAGEE didakwa telah mengasingkan cawan yang berisi hadiah menarik di dalamnya

Kejadian itu berlaku ketika jenama minuman berkenaan meraikan ulang tahun ke-7 mereka dengan acara 'Tear & Win' di seluruh negara.

Pelanggan berpeluang untuk memenangi barangan menarik termasuk memenangi baucar, hadiah mewah dan banyak lagi.

Malah, banyak video di TikTok dikongsikan para pengguna menunjukkan mereka perlu mengoyakkan bahagian bawah cawan air tersebut untuk melihat barangan yang dimenangi.

Namun, tular video yang telah memaparkan pekerja di sebuah cawangan jenama tersebut yang didakwa bertindak untuk mengasingkan hadiah menarik daripada pelanggan.

Hal itu telah mendapat perhatian ramai yang mengecam tindakannya dan ramai yang meluahkan rasa tidak berpuas hati.

Image via X

Video pekerja tular asingkan hadiah kini dalam siasatan

Menerusi Facebook CHAGEE MY, mereka memohon maaf atas sebarang kebimbangan yang telah berlaku disebabkan oleh video TikTok tersebut.

Menurutnya, tingkah laku yang dilakukan pekerja terbabit sememangnya tidak menggambarkan piawaian yang dipegang dan telah mengambil maklum tentang perkara tersebut dengan sangat serius bagi memastikan pengalaman yang positif untuk semua pelanggan.

"Dengan itu, pihak CHAGEE sedang menjalankan siasatan secara terperinci dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya selaras dengan nilai teras kami. Selain itu, kami turut bekerjasama dengan cawangan yang terlibat untuk mengkaji semula prosedur operasi agar memastikan standard tertinggi dipatuhi.

"Kami juga berterima kasih atas maklum balas yang diterima mengenai mekanik pengendalian acara Tear & Win," katanya.

CHAGEE turut menegaskan sebagai proses penambahbaikan yang berterusan, bermula pada bulan Disember, CHAGEE Malaysia akan menggantikan item fizikal dalam cawan Big Big Cup dengan slip kod QR bagi memastikan proses yang lebih lancar. Pelanggan perlu mengimbas kod QR untuk melihat hasil cabutan bertuah selepas proses imbasan.

"Kepercayaan anda amat penting bagi kami dan CHAGEE Malaysia komited untuk terus menambah baik bagi memastikan pengalaman terbaik untuk semua pelanggan kami. Pihak kami turut memastikan isu berkenaan acara Tear & Win diselesaikan dengan kadar segera bersama Bahagian Khidmat Pelanggan CHAGEE," tambahnya.

Image via CHAGEE MY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: