Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Ayah Terharu, Anak Tidak Malu Sarung Pakaian Seragam Bapa Kerja Masa Hari Kanak-Kanak

Untung ayah awak ada anak macam ini.

Cover image via @roy_scott76 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hari Kanak-Kanak adalah acara tahunan yang disambut bagi menggalakkan kesedaran tentang isu-isu yang dihadapi oleh kanak-kanak di seluruh dunia

Ia kebiasaannya akan disambut di sekolah-sekolah mengikut tema tertentu. Jadi, ramai murid yang akan memakai pakaian mengikut tema yang diberikan.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang bapa membuat kejutan kepada anaknya yang bangga memakai pakaian seragam kerjanya telah mendapat perhatian ramai.

Image via @roy_scott76 (TikTok)

Bapa terharu anak kongsi pakaian kerja dekat sekolah

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang bapa telah hadir di sekolah anaknya semasa sambutan hari kanak-kanak untuk memberi kejutan padanya.

Difahamkan, ia bertemakan kerjaya dan setiap murid perlu memakai pakaian seragam yang diminati. Namun, anaknya memilih untuk memakai pakaian seragam kerjanya iaitu sebagai seorang pemandu.

Dapat dilihat, anaknya itu memakai pakaian seragam pekerjaan bapanya sambil menerangkan sedikit beberapa perkara kepada rakan-rakan lain.

Apa yang lebih membuatkan ramai sebak adalah bapanya itu kemudian muncul di hadapan kelasnya untuk membuat kejutan. Anak perempuannya itu dilihat berlari ke arahnya dan memberikan pelukan sambil menangis.

"Alhamdulillah tahniah hebat kasih sayang anak dan ayah" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 671.1K views, 52.5K likes dan 1,772 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via @roy_scott76 (TikTok)

Image via @roy_scott76 (TikTok)

Image via @roy_scott76 (TikTok)

Lihat video itu di bawah:

Sedih pula tengok dia peluk tu :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment