#Bajet 2022: Bantuan Keluarga Malaysia 'One-Off' Sebanyak RM2,000 Bakal Diterima
Untuk isi rumah tiga orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang dari RM2,500 sebulan.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Berita baik buat golongan isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM2,500 dan mempunyai tiga orang anak
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Belanjawan 2022 di Dewan Rakyat hari ini berkata, kerajaan bersetuju untuk menyalurkan bantuan sebanyak RM2,000 menerusi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi mengurangkan bebanan rakyat menghadapi pandemik Covid-19.
Katanya lagi, BKM itu juga akan memanfaatkan 9.6 juta penerima dengan peruntukan berjumlah RM8.2 bilion.
Bantuan kali ini adalah yang tertinggi berbanding sebelum ini di mana Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) hanya memperuntukkan sebanyak RM1,800.
Bantuan tunai langsung itu juga ditambah baik dengan memperkenalkan BKM untuk memberi lebih tumpuan kepada mereka yang terkesan.
Image via says.com
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment