Ini 5 Cara Paling Mudah Untuk Anda Hubungi PTPTN Secara Online Atau Melalui Telefon
#PTPTNSediaBantu pastinya lebih mudah, cepat dan selamat.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Artikel ini ditaja oleh PTPTN.
Sejak tahun 1997, pelajar yang mendapat peluang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tidak lagi berdepan kekangan kewangan dengan adanya pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Penubuhan PTPTN merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan bagi memastikan tidak ada pelajar yang tercicir untuk meneruskan pendidikan di IPT disebabkan masalah kewangan.
Dalam situasi berdepan pandemik Covid-19, operasi kaunter di agensi kerajaan mahupun swasta termasuk PTPTN adalah berdasarkan janji temu dan dalam waktu yang terhad. Urusan di kaunter PTPTN juga hanya dibenarkan untuk urusan tertentu sahaja.
Sehubungan itu, kepada para peminjam yang tidak pasti bagaimana untuk menghubungi PTPTN selain dari hadir ke kaunter, PTPTN ada penyelesaiannya.
Setelah mendengar dan memahami keprihatinan peminjam, PTPTN tampil dengan inisiatif #PTPTNSediaBantu
Ia merupakan inisiatif murni yang disediakan PTPTN dalam bentuk kemudahan untuk membantu memudahkan lagi para peminjam yang mempunyai sebarang pertanyaan mahupun urusan berkaitan bayaran balik pinjaman.
Melalui kemudahan ini, peminjam boleh berhubung dengan barisan frontliners PTPTN yang sangat komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik dalam membantu menyelesaikan urusan atau menjawab persoalan melalui saluran yang telah disediakan.
Lima (5) cara untuk anda menghubungi frontliners PTPTN:
- Careliners - Menghubungi Careline PTPTN di talian 03-2193 3000. Talian ini beroperasi dari Isnin hingga Jumaat (mulai jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang).
- Live Chat Agent - Berurusan secara live chat di Portal Rasmi PTPTN dengan hanya perlu klik pada ikon Live Chat. Kemudahan ini beroperasi dari Isnin hingga Jumaat (mulai jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang).
- Pegawai e-Aduan - Menyalurkan aduan/ pertanyaan ke saluran e-Aduan melalui Portal Rasmi PTPTN. Pegawai e-Aduan akan memberikan maklum balas dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh aduan lengkap diterima.
- Eksekutif Pemasaran - Menghubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN mengikut negeri. Nombor telefon bimbit pegawai boleh dirujuk melalui link di sini.
- Pegawai Media Sosial - Peminjam boleh berurusan melalui media sosial rasmi PTPTN iaitu Facebook PTPTN, InstaPTPTN dan TwitPTPTN.
Perlu ke kaunter PTPTN? Pastikan anda membuat e-JanjiTemu terlebih dahulu
Jika anda berhasrat untuk berurusan secara bersemuka di kaunter Pejabat PTPTN Negeri atau Cawangan yang berdekatan, lakukan tempahan e-JanjiTemu terlebih dahulu untuk mendapatkan tarikh janji temu.
- Layari e-JanjiTemu mengikut slot yang ingin ditempah- Lengkapkan maklumat janji temu, maklumat diri dan membuat pengesahan
- Pastikan anda membuat tempahan janji temu selewat-lewatnya SATU (1) hari sebelum tarikh berurusan
Peminjam hendaklah mematuhi SOP yang ditetapkan dengan mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka sepanjang masa, tidak bergejala serta perlu hadir tepat pada tarikh dan masa yang ditetapkan.
Walau bagaimanapun, bagi membendung penularan wabak Covid-19, peminjam adalah digalakkan untuk membuat urusan melalui perkhidmatan frontliners yang telah disediakan iaitu secara dalam talian (online) atau melalui telefon.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai #PTPTNSediaBantu dan cara menghubungi frontliners PTPTN, layari Portal Rasmi PTPTN di sini!