"Balik Terus Tidur" - Pakaian Jadi Perhatian, Netizen Samakan Baju Aina Abdul Dengan Toto
Dapat baring terus lena ni.
Siapa saja yang tidak kenal dengan penyanyi Aina Abdul bukan?
Pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL37) ini sering mendapat perhatian dek kerana fesyen pakaian yang dipakainya. Dia juga sering menerima kritikan di media sosial mengenai fesyennya itu.
Terbaru, Aina sekali lagi mencuri tumpuan apabila mengenakan fesyen pakaian yang dilabel sebagai 'tilam' ketika dia menjadi juri dalam sebuah program nyanyian.
Lihat ciapan itu di bawah:
Image via @joulcapik (Twitter)
Ramai pula samakan baju dengan tilam toto
Menerusi ciapan tersebut, dapat dilihat seorang pengguna Twitter berkongsi gambar Aina Abdul. Dia kemudian mempersoalkan pakaian penyanyi tersebut dengan menulis "Aina Abdul pakai toto siap dengan bantal ke tu?," tulisnya.
Ciapan itu ternyata mendapat perhatian ramai yang mengusik dia mudah untuk tidur dengan pakaian baju tersebut.
Malah, ada juga yang kasihan kepada penonton dibelakang yang mungkin terhalang pandangan dek kerana baju penyanyi berkenaan. Ada juga yang membuat parodi video mengenai pakaiannya itu.
Lihat video itu di bawah:
"Mengantuk tengok ni. Sedap tidur ni dengan comforter' - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka mengenai fesyen tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, ciapan berkenaan telah meraih 1.6M views, 439 quotes tweets dan 212 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Image via @joulcapik (Twitter)
Image via @joulcapik (Twitter)
Image via @joulcapik (Twitter)
Image via @joulcapik (Twitter)
Macam-macam betul pandangan netizen ya! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment