x

seismik

Gadis Tunjuk Pakaian Raya Menarik 'Muslim Friendly', Video Ini Buat Ramai Terhibur

Lain daripada yang lain!

Cover image via @aishahsazali2 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Oleh kerana tahun ini kita masih beraya dalam tempoh kawalan pergerakan, tetapi itu bukanlah penghalang untuk kita menyambut hari raya

Sudah tentu ramai yang merasa sedih kerana tidak dapat pulang ke kampung halaman masing-masing disebabkan peningkatan kes positif yang membimbangkan.

Walaupun hanya berada di dalam rumah, tetapi ramai yang mempunyai cara tersendiri untuk menyambutnya. Malah, ada yang siap beli beberapa pasang baju raya demi kepuasan diri, ada juga yang hanya memakai dan menggunakan baju lama saja.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang gadis menunjukkan pakaian rayanya tahun ini mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Lain daripada yang lain perkenalkan baju raya PKP 2021

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis sedang berada di depan sebuah cermin sambil merakam video di telefonnya.

Dia kemudian menunjukkan pakaian raya untuk tahun ini dan bertanyakan pendapat orang ramai mengenainya.

Namun, apa yang lebih menghiburkan adalah dia selepas itu membuka tudung yang dipakainya dan memberitahu pakaian ini boleh untuk membawa solat terus.

Rupa-rupanya itu adalah telekung yang dililit oleh tudungnya. Dia juga menunjukkan beberapa tutorial menarik yang dikenakan bersama telekung.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

@aishahsazali2

Reply to @faafarawayy_ tutorial pakai mask & shawl

original sound - haiii - ciweyzz_

"Weh creative doh you girl. Hahaha" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat gadis tersebut.

Malah, ada yang siap membeli beberapa pasang baju raya demi kepuasan diri. Ada juga yang tidak perasan bahawa yang dipakainya itu sebenarnya adalah telekung.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 630.3K views, 71.4K likes dan 1,257 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai, kreatif betul sis ni. Lawak betul :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik