x

seismik

[VIDEO] Lain Daripada Yang Lain, Cara Keluarga Ini Bagi Duit Raya Nampak Menyeronokkan

Hilang rasa bosan.

Cover image via @areffnina (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti umum tahu, kerajaan telah pun melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 kerana peningkatan kes yang semakin membimbangkan

Disebabkan itu, orang ramai tidak boleh pulang ke kampung halaman untuk beraya bersama keluarga kerana tidak dibenarkan untuk merentas negeri.

Sudah pasti ramai yang sangat terkesan dengan situasi ini, mana tidaknya sudah dua tahun tidak pulang ke kampung untuk beraya bukan? Namun, bersyukurlah jika anda sekarang tinggal bersama keluarga kerana dapat beraya bersama walaupun dalam waktu sukar ini.

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila memaparkan kemeriahan sebuah keluarga menyambut hari raya dengan gembira.

Lihat video penuh itu di bawah:

@areffnina

nak dapat duit raya pon susah! kene main game

Cari Pacar Lagi Koplo - metzbellamy

Bagi duit raya dengan bermain sebuah game

Menerusi video tersebut, kelihatan ahli keluarga pengguna TikTok itu sedang bermain sebuah game untuk mendapatkan duit raya dengan beberapa jumlah wang yang telah disusun mengikut kedudukan.

Apa yang lebih menarik adalah, ahli keluarga tersebut perlu menggolekkan air tin kepada duit yang telah disusun dan jika ia terhenti di jumlah wang itu maka mereka akan mendapatnya. Memang best!

"Tahun depan boleh buat macam ni" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen juga turut memuji cara kreatif keluarga tersebut memberikan duit raya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 263.3K views, 9,842 likes dan 147 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Boleh hilangkan rasa bosan time raya PKP ni kan :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik