Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Bangga" - Fasih Cakap Melayu Di Parlimen, MP Australia Kelahiran Malaysia Ini Raih Pujian

Beliau dilihat memberi ucapan dalam 3 bahasa.

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap negara demokarasi sudah tentu mempunyai ahli parlimen yang mewakili setiap kawasan

Ahli parlimen mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memastikan kebajikan rakyatnya dan perlu menjalankan tugas dengan penuh integriti dan amanah. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter yang memaparkan seorang ahli parlimen Australia berbahasa Melayu telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Beliau fasih berbahasa Melayu dan Mandarin juga

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang ahli parlimen Australia kelahiran Malaysia itu sedang memberikan ucapannya di parlimen. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila beliau dilihat fasih berbahasa Melayu dan Mandarin dalam ucapan beliau. Beliau meluahkan rasa berterima kasih dalam bahasa Inggeris dulu, kemudian diikuti dengan bahasa Melayu dan Mandarin. 

Sebutan beliau yang jelas dan tepat itu membuat ramai kagum dengan kefasihannnya. Ramai meluahkan rasa bangga kerana bahasa mereka digunakan dalam parlimen negara lain. 

Image via ABC news

"Tahniah Bahasa Melayu dimartabatkan di pentas dunia" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 194K tontonan, 1k retweets, 231 quote tweets, 4K likes di Twitter, rata-rata netizen turut bangga dengan ahli parlimen itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter: 

Bangga dengar ucapan dalam Bahasa Melayu walaupun dekat negara lain! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment