"Bangunan Pencakar Langit" - Geng Gadis Order Roti Tisu, Sekali Tak Sangka Hasilnya Begini
Macam mana nak makan tu?
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Melepak bersama kawan-kawan di kedai mamak sememangnya seronok, kadangkala tidak sedar hari sudah lewat malam
Mana tidaknya, sambil berborak ada saja makanan yang hendak dipesan selagi topik belum habis. Senang cerita, walaupun harga di kedai mamak agak cekik darah, kita tidak kisah untuk bayar asalkan dapat melepak bersama kawan-kawan.
Namun, lain pula dengan situasi yang dihadapi oleh sekumpulan gadis ini apabila mereka memesan roti tisu dan hasilnya membuatkan ramai dekah.
Lihat video penuh itu di bawah:
Malu teruk dan tak tahu nak makan macam mana sebab roti tinggi sangat
Menerusi video yang dimuat naik oleh @izzyany, kelihatan mereka sedang berada di sebuah kedai mamak di Johor.
Apa yang melucukan adalah apabila salah seorang daripada mereka memesan roti tisu dan tidak sangka roti tersebut terlalu tinggi sehingga membuatkan mereka satu meja malu kerana tidak tahu macam mana nak makan.
Malah, ada yang menyamakan roti itu dengan bangunan pencakar langit. Sudahnya, mereka tergelak menahan malu sehingga akhir video.
Image via @izzyany (TikTok)
Image via @izzyany (TikTok)
"Nasib satu je, kalau ada dua dah jadi KLCC. Haha sampai tak nampak member kat depan" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 864.4K tontonan, 140.9K tanda suka serta 1.5K perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat keadaan roti tisu yang tinggi itu.
Malah, ada yang menyuruh gadis-gadis tersebut berdiri atas kerusi sebelum makan. Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @izzyany (TikTok)
Image via @izzyany (TikTok)
Image via @izzyany (TikTok)
Image via @izzyany (TikTok)
Image via @izzyany (TikTok)
Image via @izzyany (TikTok)
Image via @izzyany (TikTok)
Image via @izzyany (TikTok)
Image via @izzyany (TikTok)
Image via @izzyany (TikTok)
Buat hal betul aney mamak ni, matilah semua nak kena berdiri atas kerusi pula makan roti tisu tu :D
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment