Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Parcel 'Peram' Terlalu Lama? Ini Cara Buat Aduan Barang Pos Yang Lambat Sampai

Buat aduan terus.

Cover image via The Star Lowyat

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Membeli barangan secara online kini sememangnya lebih memudahkan kehidupan kita

Kita tidak perlu bersesak-sesak atau beratur panjang untuk pergi membeli barangan lagi kerana semuanya kini dihujung jari saja.

Pelbagai aplikasi yang terdapat untuk memudahkan kita membeli barangan keperluan. Namun, cuma anda perlu menunggu masa untuk penghantaran saja dan kadangkala ini agak lama.

Tetapi, tahukah anda sebenarnya anda boleh membuat aduan jika barang sampai lambat. 

Ikuti perkongsian oleh pengguna Twitter ini di bawah.

Image via @anisssurayaaa (Twitter)

1. Buka laman web

Image via MCMC

Untuk langkah yang pertama, anda perlulah membuka laman web untuk membuat aduan. Layari di sini.

2. Tekan aduan baru

Image via @anisssurayaaa (Twitter)

Untuk langkah seterusnya, anda perlu click di aduan baru dan diminta untuk memilih jenis aduan yang dikehendaki.

Anda boleh memilih:

Jenis Aduan - Complaint

Jenis Perkhidmatan - Postal / Courier Services

Kategori - Postal & Courier Services

Subkategori: 

  • Late Delivery 
  • Lost Letters/parcel 
  • Poor Service Delivery 
  • Postman Attitude Conduct

 Pembekal Perkhidmatan - Pilih jenis courier

3. Isi maklumat yang diminta

Image via @anisssurayaaa (Twitter)

Image via @anisssurayaaa (Twitter)

Adna diminta untuk mengisi maklumat pengadu dan juga maklumat aduan. Tulis secara ringkas apa yang berlaku dan mungkin ketidakpuasan anda mengenainya. Pada part 'Lokasi Masalah', anda dikehendaki untuk masukkan alamat anda.

4. Muat naik bukti

Image via @anisssurayaaa (Twitter)

Muat naik bukti yang anda ada untuk kukuhkan lagi aduan tersebut.

Boleh upload screenshot tracking barang berkenaan ataupun kalau ada audio voice dengan customer service courier itu.

5. Hantar aduan

Image via @anisssurayaaa (Twitter)

Selepas selesai kesemuanya, anda kini boleh menghantarnya dengan menekan klik pada butang pengesahan dan 'Hantar'.

Jangan lupa share untuk ramai tahu sebenarnya boleh buat aduan ini ;)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment