Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Baru 2 Hari Dijaga Di Taska, Ibu Meraung Bayinya Maut Akibat Kecuaian Pengasuh

Premis tersebut didapati tidak berdaftar.

Cover image via Harian Metro

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Beberapa hari yang lalu, gempar berita seorang bayi yang baru saja berusia dua bulan disahkan maut

Bayi berkenaan disahkan maut akibat kecuaian yang dilakukan pengasuh taskanya. Lebih mengejutkan lagi adalah, bayi tersebut baru saja dihantar ke taska itu selama dua hari.

Menurut sumber, Faizul yang merupakan ayah bayi tersebut memilih untuk menghantar anak bongsunya ke taska tersebut kerana anak sulungnya pernah dijaga di situ pada tahun 2019.

"Sebelum ini, saya hantar anak sulung, Sofea Madina, 5, di taska berkenaan yang hanya mengambil masa lima hingga 10 minit dari rumah kami sejak dia berusia enam bulan.

"Awal tahun ini, kami pindahkan dia ke taska lain. Sepanjang saya menghantar Sofea di sana, tidak pernah berlaku sebarang kejadian tidak diingini. Itu sebabnya saya juga menghantar Aulia di taska itu dengan bayaran RM550 sebulan," katanya.

Image via googleapis.com

Bayi yang bernama Qaseh Aulia itu ditemui dalam keadaan meniarap dengan wajah kebiruan

"Saya kemudian dimaklumkan oleh pengasuh yang menemui Aulia dalam keadaan meniarap dengan wajah kebiruan jam 11.17 pagi. Pengasuh memaklumkan dia menghantar anak ke klinik berhampiran sebelum saya meminta dia menghantarnya ke hospital swasta berhampiran.

"Sebaik tiba di hospital berkenaan, saya dimaklumkan oleh doktor bahawa Aulia sudah tiada (meninggal dunia). Saya rasa ralat kerana sewaktu hantar dia ke taska itu, Aulia dalam keadaan sihat.

"Disebabkan itu, saya berhasrat untuk mengambil tindakan saman (sivil) terhadap pemilik taska kerana ada banyak kesalahan yang dilakukan," katanya.

Susulan kes itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyiasat dan mengesahkan taska tersebut disita selama 21 hari

Isteri Faizul, Maisarah Rosli juga dimaklumkan oleh pemilik taska bahawa terdapat 10 bayi berusia bawah satu tahun dijaga empat pengasuh.

Namun, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di taska itu mendapati bilangan pengasuh kurang daripada empat individu.

Berdasarkan siasatan awal, taska yang terletak di Seksyen 6, Kota Damansara telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1) Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984, iaitu mengendalikan taska tidak berdaftar.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment