Baru Satu Jam Ambil Dari Showroom, Proton X50 Milik Keluarga Ini Habis Ditenggelami Banjir
Dugaan sungguh, semoga keluarga ini tabah.`
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, sebuah Proton X50 baharu rosak akibat banjir di Puchong hanya sejam selepas ia diambil dari bilik pameran
Insiden tersebut telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Azhazul Azri. Menerusi postingnya, dia berkongsi dua keping gambar yang menunjukkan sebuah keluarga menerima Proton X50 baharu mereka dari bilik pameran.
Manakala, satu lagi gambar menunjukkan kereta itu telah ditenggelami air banjir. Difahamkan, kejadian itu berlaku di Puchong.
Image via Azhazul Azri (Facebook)
Image via Azhazul Azri (Facebook)
"Adik saya deliver kereta customer jam 5.00 petang. Jam 6.00 petang kereta customer tenggelam banjir. Mujur adik saya paksa customer (kawan dia) tambah cover special perils.
Banjir adalah risiko yang kita tak boleh kawal. Masuk mall cuaca panas. Pergi makan pergi solat, keluar mall kereta dah tenggelam. Kalau terendam banjir kereta canggih2 ni, sepuluh ribu RM tak cukup nak restore," katanya.
Lihat posting itu di bawah:
Kesian dekat keluarga tu, baru teruja nak merasa kereta baru. Hati-hati semua musim banjir ni! :/
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment