Bas RapidKL Tersangkut Tak Dapat Lalu Gara-Gara Kereta Parkir Di Lintasan Pejalan Kaki
Dah menyusahkan orang lain.
Bagi pekerja yang tinggal di Kuala Lumpur, pengangkutan awam telah menjadi pilihan mereka untuk ke tempat kerja
Bukan sahaja dapat menjimatkan kos, dengan menggunakan pengangkutan awam juga mereka mampu menjimatkan masa daripada membawa kenderaan sendiri ke tempat kerja memandangkan jalan raya di Kuala Lumpur sentiasa sesak pada waktu puncak.
Namun begitu, pengangkutan awam juga boleh terkesan akibat sikap tidak prihatin sesetengah rakyat Malaysia yang membuatkan sistem pengangkutan awam tidak berjalan dengan lancar.
Itulah yang berlaku dalam sebuah video tular di Twitter memaparkan sebuah bas RapidKL tersangkut tidak boleh masuk simpang.
Lihat video tersebut di bawah:Sebuah kereta parkir secara tidak sah di lintasan pejalan kaki
Menerusi video yang dikongsikan oleh @elisahanimm di Twitter, sebuah bas RapidKL dilihat terpaksa berhenti ketika cuba untuk masuk ke simpang.
Menerusi kapsyen yang ditulis pada hantaran Twitter itu, kejadian berkenaan berlaku di Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur dan sebuah kereta telah memarkir di atas lintasan pejalan kaki menyebabkan bas itu tidak muat untuk memasuki simpang tersebut.
Image via @elisahanimm (Twitter)
"Area sini memang lah. Apa yang susah nak faham jangan side parking. Menyusahkan!" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut di Twitter, ia telah meraih sehingga 171K views, 387 reposts, dan 448 likes.
Rata-rata komen yang diberikan netizen di Twitter menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video berkenaan.
Image via @elisahanimm (Twitter)
Image via @elisahanimm (Twitter)
Image via @elisahanimm (Twitter)
Nak pengangkutan awam yang efisien, tapi sikap sesetengah orang kita juga jadi punca sistem ni bermasalah.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via googleapis.com
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment