Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Bau Peluh, Air Liur, Susu & Sabun, Pemuda Habiskan RM550 Untuk Cuba Perfume 'Paling Busuk'

Macam manalah ya agaknya bau dia.

Cover image via @aimanzsham(TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Minyak wangi adalah perkara yang penting untuk kita menjaga penampilan diri

Semburan minyak wangi sudah tentu mampu untuk menghilangkan bau badan yang kurang enak. Jadi, kita memang perlukannya tambahan lagi jika berjumpa ramai orang. Takkan tak malu badan ada berbau kan? 

Malah, pelbagai jenis minyak wangi anda boleh dapatkan di pasaran sekarang. Cuma mungkin harga sahaja berbeza mengikut jenama. Sebab itu ada yang sanggup berhabis duit untuk mendapatkan jenama minyak wangi kesukaan mereka.

Namun, lain pula dengan tindakan seorang lelaki ini yang memilih untuk mencuba minyak wangi versi 'paling busuk'.

Image via @aimanzsham(TikTok)

Beli RM550 untuk cuba minyak wangi 'paling busuk'

Menerusi video tersebut, kelihatan lelaki berkenaan berkongsi dia sedang dalam perjalanan mahu membeli minyak wangi yang menjadi viral sehingga selalu sold out.

Namun, ia bukanlah minyak wangi biasa kerana ia sebenarnya berbau busuk dan mengandungi bahan seperti bau peluh, air liur, sabun peluntur dan juga susu ibu.

Menurunya, harga yang dijual adalah RM550 untuk 50ml. Tanpa melepaskan peluang dia terus pergi ke kedai tersebut untuk membeli selepas mendapat tahu mereka baru saja restock.

Dia juga diberitahu oleh pekerja kedai bahawa bau busuk minyak wangi tersebut akan berkurang dan akan bau sedikit wangi selepas itu.

"Bau busuk then cepat sold out? Ini macam minyak wangi aku boleh buat jual ni" - Netizen

Tinjauan di ruangan komen mendapati netizen memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat video itu.

Ada yang tertanya-tanya mengapa bau sebegitu boleh sold out dan ada juga yang berpendapat bahawa ia sangat merugikan duit dengan bau berkenaan.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 787.4K views, 23K likes 998 comments di TikTok.

Lihat video itu di bawah:

Kalau korang sanggup tak beli?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment