seismik

[KRONOLOGI] Bayi Berusia 3 Bulan Meninggal Dunia Lepas Sehari Hantar Di Pusat Asuhan

Pasti hancur luluh hati ibu bapanya.

Cover image via Just Dial (Gambar sekadar hiasan) & Facebook

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan meninggal dunia pada hari pertama dihantar ke sebuah pusat asuhan di Setia Alam, pada Isnin lalu

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Mohd Iqbal Ibrahim berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian daripada bapa mangsa pada pukul 2.31 petang, pada hari kejadian.

Kejadian itu ternyata mengejutkan ramai pihak sehingga menjadi perbualan hangat di media sosial sejak kebelakangan ini.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Astro Awani

Ini kronologi mengenai kejadian tersebut:

  • Bayi tersebut dihantar pertama kali oleh bapanya kira-kira pukul 8.30 pagi.
  • Difahamkan, ini kali pertama bayi berkenaan dihantar ke pusat asuhan tersebut malah telah diberi jaminan bahawa semua pengasuh merupakan terlatih dan berpengalaman.
  • Pada jam 10.30 pagi, pengurus pusat asuhan memaklumkan kepada bapa mangsa yang bayi berkenaan tidak sedarkan diri.
  • Mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Shah Alam namun disahkan mati setelah usaha menyelamatkan mangsa dijalankan.
  • Bedah siasat dijalankan pada jam 12.30 tengah hari hingga 5 petang di Unit Forensik Hospital Shah Alam.
  • Hasil pemeriksaan ke atas mangsa juga mendapati tiada sebarang kecederaan luaran mahupun dalaman.
  • Polis sudah ambil keterangan dari pusat asuhan mengenai kejadian itu.
  • Pemeriksaan televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati bayi itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri sekitar pukul 9.40 pagi selain dibiarkan dalam keadaan meniarap sekitar 20 minit.
  • Bagaimanapun, rakaman video bagi tempoh masa pukul 10 pagi dan ke atas tiada dalam simpanan pusat asuhan tersebut atas alasan yang tidak diketahui.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Mohd Iqbal Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan pihaknya menjalankan siasatan tentang kes tersebut.

Kes disiasat di bawah seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak kerana kecuaian/ pengabaian oleh pengasuh,” katanya.

Mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Muhammad Naqiuddin Nawawi di talian 011-21112824 atau menghubungi mana-mana balai polis terdekat.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: