"Bawa Elok-Elok" - Salesman Ini Kongsi Cara Bawa Kereta Display Keluar Mall Setiap Malam
Akhirnya terjawab juga persoalan netizen selama ini.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tidak dinafikan, kita sering kali terjumpa pelbagai kereta untuk dijual di dalam pusat beli-belah
Namun begitu, persoalan timbul apabila melihat kereta-kereta ini dipaparkan di dalam pusat beli-belah. Macam mana kereta itu dipandu masuk dan dipandu keluar sudah sering dipersoalkan bukan?
Tular sebuah video di TikTok yang memaparkan cara salesman memandu kereta display keluar dari pusat beli-belah telah meraih perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Pandu dengan cermat dan berhati-hati kerana ruangan yang sempit
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang penjual kereta sedang berkongsi cara memandu kereta keluar dari mall.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia dilihat memandu sambil menerangkan cara-cara kereta dibawa keluar ke mall itu. Kebiasaannya, mereka mula mengeluarkan kereta pada pukul 11 malam apabila sudah tiada pengunjung.
Kereta yang dipandu juga dilihat perlu belok dengan cermat dan berhati-hati kerana ruangan yang sempit. Gadis itu juga menjelaskan kereta display akan dibawa keluar mengikut pintu keluar mall.
Image via @lalaproton (TikTok)
Image via @lalaproton (TikTok)
Image via @lalaproton (TikTok)
"Laa selama ni ingat kereta masuk mall lalu atap guna helicopter" - Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut kagum dengan perkongsian itu. Rata-rata semua baru tahu cara kereta dibawa masuk dan keluar mall.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 564K tontonan, 56K tanda suka dan 1K komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @lalaproton (TikTok)
Image via @lalaproton (TikTok)
Image via @lalaproton (TikTok)
Haa, baru tahu kan macam mana kereta masuk dalam mall? ;)
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment