seismik

[VIDEO] Seronok Main Slide Di Water Park, Gadis Ini Tersekat Buat Member Gelak Sakan

Malu tapi kelakar!

Cover image via @palijanbahek (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Semenjak ini, ramai yang meluangkan masa untuk bercuti bersama rakan atau keluarga

Ada yang mengambil inisiatif untuk meluangkan masa seharian di taman tema air. Iyalah, banyak permainan dan aktiviti yang boleh dilakukan. Kadangkala kita akan spend masa dalam sehari untuk bermain di taman tema. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sekumpulan gadis main water slide tetapi tersekat telah mencuri tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Member tersekat semasa main water slide, rakan gelak sampai tak ingat dunia

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan gadis remaja sedang bermandi-manda dan melakukan aktiviti air di water theme park. 

Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila salah seorang rakan mereka dilihat tersekat dalam gelongsor.

Rakannya dilihat merakam sambil menunggu ketibaanya, tetapi lain pula jadinya apabila rakannya itu tidak muncul-muncul. Rakannya itu diselamatkan oleh staf taman tema di tengah-tengah gelongsor. 

"Aku yang tengok kat sini yang berdebar" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat gadis itu. Malah, ramai yang berkongsi pendapat mereka. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 3.4M tontonan, 462K tanda suka dan 7K komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai, lawak lah. Member dia pun dok gelakkan, nakal! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: