Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Bayar Guna Apple Pay Di Kaunter, Cashier Terkejut Lelaki Ini Betul-Betul Keluarkan 'Epal'

Aik, macam mana dia buat tu?

Cover image via @thevainliew (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Platform TikTok kini lebih popular dengan pelbagai jenis prank yang dilakukan oleh content creator kepada orang awam

Tujuan prank dilakukan adalah untuk melihat bagaimana reaksi orang di sekeliling apabila mereka melihat situasi cemas, lucu, pergaduhan, hantu dan sebagainya.

Tidak terkecuali dengan sebuah video yang tular ini apabila seorang lelaki melakukan prank Apple Pay kepada cashier di beberapa premis telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Betul-betul guna buah epal untuk bayar di kaunter

Menerusi video yang dimuat naik oleh @thevainliew, kelihatan lelaki itu sedang membuat pembayaran di bahagian kaunter beberapa kedai seperti 7 Eleven, ZUS Coffee, McDonald's, Family Mart dan banyak lagi.

Apa yang mencuri tumpuan adalah sebaik saja dia bertanya sama ada boleh guna Apple Pay atau tidak, cashier tersebut terkejut apabila melihat lelaki itu membuat pembayaran dengan menggunakan sebiji buah epal berwarna merah.

Lebih menghiburkan adalah apabila ia berjaya menyentuh buah epal dan mesin kad itu berbunyi menandakan duitnya sudah ditolak.

Reaksi mereka semua kelihatan terkejut dan ada yang bertanya bagaimana dia melakukan seperti itu. Lelaki itu selamba menjawab "Apple Pay kan, ini epal".

Image via @thevainliew (TikTok)

Image via @thevainliew (TikTok)

"Betul-betul Apple Pay ni, reaction akak baju oren tu lawak haha" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah 3.2M tontonan, 327.1K tanda suka serta 17K perkongsian di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat prank itu menjadi.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Image via @thevainliew (TikTok)

Image via @thevainliew (TikTok)

Image via @thevainliew (TikTok)

Agak-agak dekat mana dia selit kad bank dia tu ya? :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment