Bayi Ditemui Masih Hidup Setelah Terperangkap Bawah Runtuhan Selama 37 Hari Di Gaza
Allahuakbar.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Suatu keajaiban telah berlaku di Gaza, Palestin apabila seorang bayi ditemui masih hidup setelah terperangkap selama 37 hari di bawah runtuhan rumah yang dibom oleh Israel
Dalam rakaman sebuah video yang tular, kedengaran anggota pertahanan awam yang menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa bedilan Israel di bawah runtuhan, melaungkan Allahuakbar.
Mereka meraikan kejayaan tersebut dengan cara bergilir-gilir mencium bayi comel itu yang masih dalam keadaan baik kerana masih lagi berbedung dan matanya dilihat terkebil-kebil.
Menurut pemilik akaun Instagram, Nooh Al-Shaghnobi yang menyertai misi SAR itu, bayi berkenaan kemungkinan dilahirkan pada minggu pertama serangan berlaku, awal Oktober lalu.
Menurutnya, apa yang lebih mengejutkan apabila bayi itu masih bernyawa serta tidak mengalami kecederaan sehingga anggota pertahanan awam menyifatkan kejayaan itu umpama mereka menyambut kelahiran kedua anak berkenaan.
Image via nooh.xp (Instagram)
"Kami berpegang teguh pada harapan dan setelah tiga jam bekerja dia dibawa keluar dengan pemeliharaan Tuhan dan dengan rahmat-Nya.
"Kami pada mulanya menyangka bayi itu sudah meninggal dunia, namun dengan harapan tinggi kami bertungkus-lumus mengeluarkannya.
"Akhirnya dia ditemukan masih hidup dan tidak cedera di samping ibu bapanya yang sudah syahid.
"Tak dapat nak digambarkan perasaan kami, ia macam kami menyambut kelahiran kedua anak ini apabila berjaya menyelamatkannya di bawah runtuhan hidup-hidup," katanya.
Lihat video penuh di bawah:
Difahamkan, ribuan penduduk masih terperangkap di bawah runtuhan, malah apa yang lebih dikhuatiri, dianggarkan ratusan jasad masih berada di Hospital Al-Quds dan Hospital Al-Rantisi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment