Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Bayi Meninggal Dibeku & Ditahan 16 Hari Di Hospital, Pasangan Tak Mampu Bayar Bil RM2,480

Difahamkan, ibu bayi juga ditahan oleh pihak hospital kerana tidak mampu membayar kos rawatan di situ.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular sejak semalam kisah seorang bayi lelaki yang dilahirkan tidak sempurna, didakwa dihina oleh pihak pengurusan sebuah hospital swasta di Klang, Selangor

Menerusi hantaran di Facebook oleh pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ), Mr Wan Cai Official, bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Adham Mikail itu dilahirkan dengan satu mata, tiada hidung dan tiada lubang dubur.

Wan Cai mendedahkan bahawa bayi berkenaan disimpan selama 16 hari di dalam peti beku, malah ibu bayi juga ditahan oleh pihak hospital kerana tidak mampu membayar kos rawatan di situ.

Dia mempersoalkan motif pihak hospital menahan ibu bersama jasad bayi dan mempertikaikan sifat perikemanusiaan doktor di hospital terbabit.

Image via Mr Wan Cai Official (Facebook)

"Dalam isu yang berlaku, jelas tindakan pemilik hospital menahan jenazah adik Adham dari diuruskan adalah satu tindakan tidak wajar dan kejam.

"Seperti yang dimaklumkan, pihak hospital menahan ibunya keluar dari wad selagi bayaran tidak dibuat oleh si ayah.

"Yang menjadi persoalan, kenapa jenazah adik Adham perlu ditahan dan disimpan di dalam peti sejuk mayat selama dua minggu?

"Bukankah si ibu sudah ditahan untuk dijadikan jaminan kepada pihak hospital," katanya.

Bil yang sepatutnya dibayar kepada pihak hospital dianggarkan kira-kira RM2,480 dan dijelaskan oleh si ayah pada jam 11 pagi semalam

Wan Cai juga berkata pihaknya yang menguruskan jenazah bayi itu terpaksa menggunakan air panas yang dicampur air paip untuk melembutkan tubuh dan sendi-sendinya.

Menurut hantaran itu juga, Wan Cai memaklumkan ibu bayi berkenaan mengadu sakit sebelum dihantar oleh jiran ke sebuah hospital swasta.

"Ketika kejadian, suaminya sedang bekerja dan bergegas ke hospital selepas dimaklumkan tentang keadaan isterinya," katanya.

Difahamkan, pengurusan jenazah bayi itu menggunakan hasil sumbangan orang ramai kepada pihak pengurusan jenazah berkenaan.

Image via Mr Wan Cai Official (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment