Mengadu Badan Kebas, Penyanyi Thailand Meninggal Dunia Lepas Buat Rawatan Urut Di Leher
Difahamkan, kedai urut itu terletak di wilayah Udon Thani, Bangkok.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang penyanyi wanita Thailand dilaporkan meninggal dunia selepas menerima rawatan urut di sebuah kedai urut di wilayah Udon Thani, Bangkok pada Ahad lalu
Menurut laporan Sinar Harian, Chayada Prao-hom dari Guitar Record dilaporkan meninggal dunia selepas sesi urutan ketiganya yang melibatkan urutan leher.
Kematian terbabit dipercayai berpunca akibat jangkitan darah dan pembengkakan otak kira-kira jam 6 pagi di unit rawatan rapi (ICU) di hospital Udon Thani.
Teman lelaki Chayada berkata, kekasihnya mengadu bahawa dia mengalami sakit belakang selepas melakukan persembahan pada 5 Oktober lalu.
"Dia kemudiannya meminta saya membawanya ke kedai urut Thai di Udon Thani. Selepas menerima urutan dia mengadu pula rasa kebas pada separuh badan dan lengan kirinya tidak boleh digerakkan," katanya.
Terdahulu, Chayada memuat naik hantaran di Facebooknya berkata tangannya menjadi bengkak dan lebam selepas menerima rawatan urut pada sesi ketiga
Susulan itu, teman lelakinya berkata dia bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap kedai urut berkenaan tetapi mengakui tidak pasti sama ada terdapat cukup bukti untuk berbuat demikian.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Sokongan Perkhidmatan Kesihatan (HSS) Arkom Praditsuwan berkata, pegawai jabatan akan menyemak sama ada pusat urut yang dikunjungi mangsa adalah berlesen atau tidak untuk menyediakan perkhidmatan itu.
"Apa yang perlu kita teliti ialah sama ada perkhidmatan urutan yang mereka berikan (kepada Chayada) adalah amalan yang betul dan sejajar dengan standard untuk urutan tradisional Thailand," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!