Ramai Teruja Bila Penyanyi Amerika, Bebe Rexha Boleh Kecek Kelate! Eh, Ke Salah Faham Ni?
Baru tahu Bebe Rexha berasal dari Kelantan. Eh?
Bahasa itu indah dan Malaysia bertuah kerana mempunyai pelbagai bahasa gunaan
Selain daripada terdiri dengan rakyat yang pelbagai bangsa dan agama, negara Malaysia juga indah dengan pelbagai bahasa gunaan.
Image via Rojak Daily
Manakan tidak, setiap bangsa di negara ini mempunyai bahasa masing-masing. Sebagai contoh, kaum Melayu menggunakan bahasa Melayu, kaum Cina menggunakan bahasa Kantonis serta Mandarin, manakala kaum India pula menggunakan bahasa Hindi. Ini belum dikira lagi dengan mereka yang berasal dari Sabah dan Sarawak yang mana setiap suku kaum itu mempunyai bahasa mereka sendiri.
Bukan itu sahaja, setiap negeri di Malaysia juga mempunyai loghat dan dialek masing-masing. Itu yang menjadikan Malaysia ini suatu negara yang unik.
Baru-baru ini, kecoh di laman Twitter apabila penyanyi dari Amerika Syarikat, Bebe Rexha membuat satu posting di laman Twitter-nya yang mana telah mendapat perhatian dari rakyat Malaysia terutamanya orang Kelantan
Image via Twitter @BebeRexha
Siapa sangka tweet simple dari penyanyi yang popular dengan lagu 'In the Name of Love' (gandingan bersama DJ terkenal Martin Garrix) serta 'I'm A Mess' itu terus viral terutama dari kalangan orang Kelantan.
Image via Gifer
Rata-rata netizen dari Malaysia, barangkali kebanyakannya terdiri daripada orang Kelantan, mula menjawab tweet tersebut dengan loghat negeri tersebut dan balasan masing-masing memang melucukan!
Berikut adalah antara balasan dari warga Twitter yang memang tak kering gusilah dibuatnya bila baca:
1. Ada yang teruja Bebe Rexha boleh kecek Kelate
2. Ada juga yang tanya Bebe ini orang Kelantan ke?
3. Kalau dah Kelantan tu, haa jangan berpecah!
Image via Twitter @BebeRexha
Image via Twitter @BebeRexha
4. Ada yang tanya lagi kampung Bebe kat mana. Dah tu, siap ajak jumpa!
5. Siapa ada lagi tu yang cerita terus asal usul Bebe Rexha sebenarnya
Image via Twitter @BebeRexha
6. Tapi ada juga yang marah sebab Bebe cakap macam tak habis. Bukan tu je, salah pula tu soalan dia!
7. Baik je bila ada yang reply pertanyaan Bebe
Image via Twitter @BebeRexha
Image via Twitter @BebeRexha
8. Tak kaya, tak miskin, tapi...
Image via Twitter @BebeRexha
9. Bebe Rexha ini nama pun penyanyi international, mestilah kaya, tak heran dah benda mahal ke murah
10. Aip, lain macam je ni! Sebab Bebe cantik ke?
Image via Twitter @BebeRexha
11. Entah-entah 'kayo' yang Bebe maksudkan tu bukan kaya duit tapi kaya yang kita letak atas roti tu?
Image via Twitter @BebeRexha
Image via Twitter @BebeRexha
12. Sebab dah viral benda ni, mana tahu lepas ini Bebe akan buat lagu dengan loghat Kelantan?
Image via Twitter @BebeRexha
Buat mereka yang tidak tahu itu, Bebe Rexha sebenarnya tweet dalam bahasa Tagalog
Image via SAYS
'Mahal ko kayo' dalam bahasa dari negara Filipina itu bermaksud 'Aku sayang kamu'.
Ia mungkin ditulis oleh penyanyi itu untuk menunjukkan rasa sayangnya buat peminat-peminat di negara tersebut di samping sebagai teaser bahawa dia bakal mengadakan konsert di sana.
Biasalah orang Malaysia ini, excited dan teruja bila benda-benda seperti ini jadi dan mulalah itu respon hanya sekadar hiburan semata.
Macam-macam lah orang Twitter ini. Berdekah ketawa!
Image via Giphy
Orang-orang Twitter ini memang kelakar & kreatif:
Lagi artikel hiburan di SAYS Seismik:
Leave a comment