Bengang Ditegur Sebab Tiada Adab, Peniaga Siap Campak Duit & Halau Pelanggan Keluar
Budi bahasa amalan kita.
Hormat-menghormati adalah amalan yang patut dilakukan oleh setiap orang
Ia memberi impak yang besar dalam masyarakat kita. Bertutur dengan perkataan yang baik juga adalah perlu dan harus dijadikan contoh buat anak muda.
Bagi pemilik kedai atau penjual, mereka perlulah lebih berwaspada dan menjaga kelakuan mereka kepada pelanggan. Hal ini kerana jika berlaku keburukan, pasti pelanggan akan lari dan tidak datang ke kedai lagi.
Begitulah yang berlaku apabila seorang wanita mendakwa kelakuan seorang peniaga wanita yang biadap dengannya telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Image via googleapis.com
Dakwa dilayan buruk oleh peniaga, marah bila ditegur
Menerusi video tersebut, kelihatan individu tersebut semasa itu sedang berada di sebuah kedai makan di Kuala Perlis.
Namun, situasi bertukar menjadi panas selepas saja rakan wanita berkenaan mahu menukar tempahan. Ia membuatkan peniaga berkenaan menjadi marah dan mengadu kepada pekerjanya.
Image via Twitter
Campak duit RM8 kepada pelanggan
Difahamkan, dia terpanggil untuk menegur selepas meihat cara layanan peniaga berkenaan kepada pelanggan lain juga yang dilihat biadab. Dia kemudian menegur peniaga itu dengan cara yang baik semasa membuat pembayaran yang berharga RM8.
"Lain kali layan customer elok-elok na,” tegur wanita itu.
Tegurannya itu ternyata membuatkan peniaga itu marah dan kembali kepada meja makan mereka dengan mencampakkan duit berjumlah RM8.
Lihat sambungan ciapan itu di bawah:
Image via Twitter
Image via Twitter
Adab ni memang kita perlu jaga, lagi-lagi kalau berniaga :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment