"Common Sense Sikit" - Wanita Terkejut Individu Tegur Bergambar Sedangkan Kereta Sendiri
Maafkan dia kak, orang tu tak tahu.
Setiap orang pasti mempunyai kereta idaman sendiri dan mahu memilikinya satu hari nanti
Tak salah berangan dahulu mana tahu satu hari nanti betul-betul dapat kan? Mesti gembira. Seperti yang kita tahu harga kereta memang mahal sehingga mencecah beratus-ratus ribu.
Kalau ternampak kereta idaman kita ditepi jalan pasti kadang kala teringin atau mahu mengambil gambar.
Lain pula yang terjadi dengan wanita ini apabila dia ditegur kerana bergambar dengan sebuah kereta mewah telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Tak tahu rupa-rupanya bergambar dengan kereta sendiri
Menerusi video tersebut, kelihatan wanita berkenaan sedang berada di luar kereta sambil duduk bersandar padanya.
Ketika itu, dia dilihat mahu berswafoto sambil merakam video, namun secara tiba-tiba datang seorang individu menegurnya dengan memberitahu untuk tidak bersandar pada kereta orang.
"Dik, common sense sikit, kereta orang, takut calar," kata individu itu.
Situasi berkenaan membuatkan dia terkejut dan terus masuk ke dalam kereta. Menurutnya, dia merasa malu tetapi dalam masa yang sama merasa kelakar dan tidak menyangkakan perkara itu.
"That is so satisfying when you entered your car hahaha" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 4.7M views, 345.1K likes dan 2,809 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!