"Benjol Kepala" - Syok Main Air Kolam Gelongsor, Tak Sangka Akhirnya Bertukar Tragedi
Mujur tiada cedera yang serius.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sudah menjadi trend untuk menyewa inflatable pool slide atau kolam gelongsor untuk anak-anak sejak akhir-akhir ini
Iyalah, dengan situasi wabak yang melanda ini memang tidak dinafikan membawa anak-anak keluar ke rumah akan membimbangkan ibu bapa. Sebab itu, hiburan seperti ini adalah sangat sesuai untuk anak-anak.
Namun, baru-baru ini tular video di TikTok yang memaparkan seorang budak lelaki dilihat benjol kepalanya semasa main kolam gelongsor telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Terjatuh dari gelongsor semasa main air dalam kolam gelongsor
Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan kanak-kanak sedang bersedia di halaman rumah sementara penyewa memasang kolam gelongsor.
Mereka semua dilihat snagat gembira dan teruja bermain air dalam kolam itu. Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila salah seorang kanak-kanak dilihat terjatuh dari gelongsor lalu benjol kepalanya.
Benjolan di kepalanya dilihat sangat serius sehinggakan ibunya memanggil doktor setelah itu. Mujur, tiada apa cedera yang serius berlaku.
Image via @hazirah.zaini (TikTok)
Image via @hazirah.zaini (TikTok)
"Teringat masa kecik-kecik benjol kepala jugak" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih 616K tontonan, 28K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terkejut dengan insiden itu. Malah, ramai yang berkongsikan pendapat masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @hazirah.zaini (TikTok)
Image via @hazirah.zaini (TikTok)
Image via @hazirah.zaini (TikTok)
Image via @hazirah.zaini (TikTok)
Alahai, kesian adik ni. Ibu bapa, jangan lupa utamakan keselamatan anak-anak ya. :)
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment