seismik

"Sumpah Biadap" - Wanita Marah & Bengang Penghuni Flat Campak Maggi Ke Luar Balkoni

Masyarakat tak bertamadun.

Cover image via @nina_kechiik (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dinafikan, masih wujud masyarakat mempunyai mentaliti yang buruk

Terutamanya dalam aspek kebersihan, masih ada insiden seperti membuang sampah daripada tingkap kereta yang berlaku. Jika difikirkan, mentaliti dan perangai buruk ini perlu diubah supaya negara akan semakin maju dengan rakyatnya yang bertamadun. 

Baru-baru ini, tular pula video TikTok yang memaparkan kereta seorang wanita dipenuhi dengan Maggi di parkir kawasan rumah flat telah mencuri tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Selamba campak Maggi dari balkoni rumah sehingga bertaburan atas kereta orang

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang berada di kawasan parkir kereta rumah flat.

Apa yang membuatkan dia marah dan bengang adalah apabila dia mendapati Maggi bertaburan atas keretanya. Ia dilihat sangat kotor. Dipercayai juga perkara itu dilakukan oleh penghuni flat yang selamba mencampak Maggi ke luar.

"Memang sakit hati, lagi-lagi lepas basuh kereta. Tak beretika betul!" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih 333K tontonan, 18K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut merasa marah dan tidak puas hati dengan insiden itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Guys, dah 2021 ni harap-harap takda dah perangai buruk macam ni dan cuba jadi masyarakat yang bertamadun ya!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: