"Bertambah Bidadari Syurga" - Lelaki Syukur Isteri Pertama & Kedua Raikan Madu & Poligami
Semoga rumah tangga mereka semua bahagia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tular baru-baru ini, seorang lelaki memuat naik sebuah hantaran di Facebook memaparkan gambarnya bersama tiga orang isteri telah mencuri tumpuan warganet
Menerusi posting daripada Amirul Hakimin ZH, lelaki berkenaan menceritakan bahawa perjalanan untuk mendirikan rumah tangga bersama isteri ketiganya bukanlah mudah dan mengambil masa hampir tiga tahun.
"Alhamdulillah, Allah izin. Tanggal 1 Disember 2024, bertambahlah bilangan bidadari syurga saya. Perjalanan untuk menjayakan perkahwinan ini mengambil masa hampir 3 tahun. Ia bukanlah perjalanan yang mudah. Namun, Alhamdulillah, Haza Min Fadhli Rabbi.
"Terima kasih buat isteri-isteri saya, isteri pertama dan isteri kedua. Diorang banyak berusaha untuk menjayakan majlis ini. Sorang jadi wedding planner, sorang jadi goodies packer. Baju pengantin, decoration, diorang lah yang uruskan. Barakallahu fikum," katanya.
Image via Amirul Hakimin ZH (Facebook)
Mula berpoligami sejak tahun 2021, syukur dipertemukan dengan 'circle' poligami yang baik terdiri daripada pelbagai lapisan umur di group Facebook
Menurut Amirul Hakimin juga, dengan adanya 'circle' poligami, banyak perkara yang dia dapat belajar dan perbaiki.
"Perkahwinan poligami ini, bukanlah perkara baru. Ia dah lama termaktub dalam syariat. Namun, ia seakan menjadi masalah dalam masyarakat rakyat Malaysia apabila hendak dilaksanakan. Tidak dinafikan sebahagiannya berpunca daripada kezaliman yang berlaku, tetapi, kita perlu akui, masyarakat masih lagi susah untuk berdamai dengan syariat poligami ini.
"Kehidupan monogami dan poligami, kedua-duanya tidak akan terlepas daripada ujian. Ketika kita menyangka monogami lebih selamat, kita sebenarnya kurang faham tentang hakikat kehidupan. Ini baru bab perkahwinan, belum bab lain lagi.
"Saya mula berpoligami pada tahun 2021, menjadikan usia poligami saya akan memasuki 4 tahun. Walaupun usianya masih singkat, namun, alhamdulillah, saya dipertemukan dengan 'circle' poligami, yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan latar belakang. Ada yang umur 40, ada yang umur 50, ada yang umur 60. Dengan adanya 'circle' ini, banyak perkara saya dapat belajar dan perbaiki," katanya lagi.
Dalam pada itu, warganet di Facebook turut memberikan pelbagai reaksi mengenainya selepas posting tersebut tular dan kini telah mencecah 3.4K perkongsian
Image via Amirul Hakimin ZH (Facebook)
Image via Amirul Hakimin ZH (Facebook)
Image via Amirul Hakimin ZH (Facebook)
Lihat posting penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment